|
Penyakit tiroid lebih kerap
berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.
Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan
selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini
bagaimanapun selamat serta mudah. |
| |
|
Kelenjar tiroid |
Secara anatomi,
kelenjar tiroid
terbahagi dua,
seperti rama-rama.
Dua hormon
dikeluarkan kelenjar
ini iaitu hormon
tiroksin (T4) dan
juga triiodotiroksin
(T3).
|
| |
Hormon-hormon ini
mengawal kadar
perjalanan
kebanyakan
fungsi-fungsi badan
yang dipanggil
metabolisma.
|
|
|
Meningkatnya
hormon-hormon ini
bermakna metabolisma
badan meningkat dan
begitulah sebaliknya
akan berlaku jika
hormon terbabit
dikurangkan.
|
|
|
Dengan metabolisma
yang tinggi, anda
mungkin berasa panas
dan begitulah
sebaliknya. Jadi
kelenjar tiroid
membantu fungsi
badan anda berjalan
pada kadar yang
selamat dan berkesan.
|
|
|
Kawalan kelenjar ini
dilakukan oleh
kelenjar pituitari
pada otak, melalui
hormon perangsang
tiroid.
|
|
|
Apabila hormon
tiroid banyak,
penyakit
hipertiroidisma
berlaku dan
sekiranya hormonnya
sedikit, penyakit
hipotiroidisma pula
berlaku.
|
|
|
Penyakit kencing
manis juga boleh
menganggu
pengeluaran hormon
tiroid.
|
|
|
|
Diagnosis penyakit tiroid |
|
|
|
 |
Terdapat ujian,
pemeriksaan dan juga
rungutan tertentu
yang boleh digunakan
untuk diagnosis
penyakit tiroid.
|
|
|
Anda juga mungkin
akan menghidap
penyakit-penyakit
lain susulan
daripada perjalanan
fungsi kelenjar
tiroid yang tidak
teratur.
|
| |
Leher perlu
diperhatikan
kerana
kelenjar
tiroid akan
bergerak
dengan
tindakan
menelan.
Jika
dipegang,
boleh
dirasai
bentuk
kelenjar dan
juga
pergerakannya
dengan
menelan.
|
|
|
Kulit dan mata juga
boleh diperiksa di
samping suhu badan
serta berat badan
boleh diamati untuk
memastikan masalah
kelenjar tiroid.
|
| |
|
Penyakit hipotiroidisma |
Penyakit ini berlaku
apabila kelenjar
tiroid anda tidak
berfungsi secara
optimum sehinggakan
hormon-hormon tidak
dikeluarkan
secukupnya.
|
| |
Ubat yang
dimakan
untuk
merawat
fungsi
tiroid yang
berlebihan
juga boleh
menyebabkan
penyakit
hipotiroidisma.
|
|
|
Lazimnya, penyakit
hipotiroidisma ini
disebabkan oleh
keradangan pada
kelenjar tersebut,
dipanggil tiroiditis.
|
| |
Penyakit ini juga
dikenali sebagai
penyakit Hashimoto.
Penyakit autoimun
ini merangsang
pertahanan badan
supaya mengeluarkan
antibodi terhadap
kelenjar tiroid.
|
|
|
Akibatnya, otak
mengeluarkan isyarat
melalui hormon
perangsang tiroid
supaya kelenjar
tiroid berkerja
dengan lebih kuat.
|
| |
Akibatnya,
kelenjar
tersebut
membesar dan
dipanggil
sebagai
goiter. Lama
kelamaan,
kelenjar
tiroid tidak
lagi dapat
mengeluarkan
hormon yang
diperlukan
oleh badan.
|
|
|
Cara pemakanan yang
tidak betul juga
boleh menyebabkan
hipotiroidisma (rujuk
pada intisari
makanan yang
mempunyai kandungan
iodin).
|
| |
Simptom hipotiroid
dengan
perlahan-lahan akan
dirungutkan dan
sebab itu juga anda
mungkin tidak
mempunyai rungutan
berbulan-bulan dan
juga mungkin
bertahun-tahun
lamanya walaupun
menghidap penyakit
hipotiroidisma.
|
|
|
Ujian paras darah
hormon tiroid akan
dilakukan untuk
mengesahkan yang
anda sememangnya
menghidapi
hipotiroidisma.
Sekiranya paras
hormon adalah
normal, mungkin anda
mempunyai
penyakit-penyakit
lain dan ujian
lanjutan mungkin
diperlukan.
|
| |
Hormon
tiroid akan
diberikan
kepada anda
supaya paras
hormon
tiroid badan
kembali
normal dan
terdapat
kemungkinan
anda
terpaksa
mengambil
hormon ini
selama-lamanya.
|
|
|
Dos ubat juga
mungkin diubah
secara berkala dan
ujian darah mungkin
dilakukan.
|
| |
|
Hipertiroidisma |
Penyakit ini berlaku
apabila kelenjar
tiroid anda
mengeluarkan hormon
secara berlebihan.
Ini menyebabkan
metabolisma badan
meningkat. Penyakit
ini lazimnya berlaku
pada wanita sekitar
umur 20 hingga 40
tahun.
|
| |
Penyakit
Grave adalah
penyebab
utama
peningkatan
aktiviti
kelenjar ini.
Biasanya
mata mereka
yang
menghidapi
penyakit ini
akan
kelihatan
seperti mata
ikan emas!
|
|
|
Selain itu, ubat
yang diambil untuk
penyakit hipotiroid
juga mungkin
menyebabkan
hipertiroid, jadi
pengawasan doktor
amatlah penting.
|
|
|
Penyakit hipertiroid
ini boleh juga
menyebabkan ‘ribut
tiroid’ terutamanya
apabila anda
mengalami masalah
kesihatan lain yang
akut. Ribut tiroid
ini menyebabkan anda
mendapat demam,
peningkatan degupan
jantung, dan juga
perubahan fungsi
otak seperti
kekusutan pemikiran,
sawan, cemas
keterlaluan dan
mungkin juga
menyebabkan koma.
|
|
|
Rawatan yang
diberikan akan
mengurangkan
pengeluaran hormon
tiroid. Ubat untuk
mengurangkan degupan
jantung juga mungkin
perlu diberikan.
|
|
|
Sekiranya
rawatan yang
diberikan
gagal,
mungkin
rawatan
menggunakan
iodin
beradioaktif
diberikan
dengan niat
untuk
memusnahkan
sebahagian
kelenjar
tiroid anda.
Pembedahan
juga salah
satu
daripada
kaedah
rawatan yang
boleh
membantu.
|
|
|
Sekiranya
anda
mendapati
adanya
bengkak
kecil iaitu
nodular pada
kelenjar
tiroid,
pemeriksaan
perlu
dilakukan
untuk
mengetahui
sama ada
ianya kanser
ataupun
masalah
nodular
biasa.
|
|
|
Pemeriksaan
ultrasound
dan juga
biopsi
ataupun
aspirasi
menggunakan
jarum perlu
dilakukan.
Rawatan
lanjut akan
dibincangkan
doktor
dengan anda
semasa
lawatan
kesihatan
susulan.
|