September 14, 2011
Terapi Pembersihan
Insan itu terdiri dari dua elemen utama iaitu zahir (fizikal) dan batin (rohani). Tubuh manusia terbentuk pada saat bertemunya sel telur dan sel mani yang dipengaruhi oleh energi dari fikiran, perbuatan, makanan dan suhu. Interaksi keempat-empat energi ini akan
menghasilkan getaran neutral, positif dan negatif. Getaran ini memberi pengaruh pada badan. Jika getaran negatif mendominasi seseorang itu maka kesihatan seseorang itu akan terganggu.
Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan ianya telah terbukti begitu berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan.
Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri yang kami kembangkan melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna adalah kaedah termudah, terpantas dan praktikal untuk mengembangkan getaran positif agar dapat digunakan untuk pelbagai hajat dan penyelesaian kepada pelbagai masalah.
Apakah yang dimaksudkan dengan Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri?
Ianya adalah satu proses rawatan dengan mengalirkan gelombang ayat-ayat al-Quran dan Asma’ al-Husna ke dalam minda dan jiwa individu yang menjalani Terapi Pembersihan ini. Getaran dan gelombang serta ‘nur’ dari ayat-ayat al-Quran dan Asma’ al-Husna ini bertindak menyingkirkan perkara-perkara negatif individu yang dirawat, Insya Allah. Dengan itu perkara-perkara yang positif dapat dikembangkan.
Kaedah terapi dijalankan:
Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri ini boleh dijalankan dengan 2 cara:
- Secara Hadir Diri – datang sendiri ke tempat rawatan.
- Secara Jarak Jauh – dilakukan secara jarak jauh dengan bimbingan secara langsung dari perawat.
Bagi menjalankan Terapi ini , pesakit/peserta akan diberikan manual ‘Panduan Terapi’ bagi memudahkan pemahaman bagaimana proses terapi ini berjalan.
Di antara tanda-tanda yang mungkin dialami oleh pesakit/peserta terapi adalah seperti berikut:
- Berdebar-debar
- Rasa kepanasan.
- Fikiran melayang.
- Rasa sedih secara tiba-tiba.
- Rasa sakit di bahagian tertentu tubuh badan.
- Lain-lain rasa bergantung kepada keadaan individu dan masalah yang dialaminya.
Di antara tanda-tanda dan faedah yang akan dialami dan diperolehi (Insya Allah) oleh pesakit/peserta terapi selepas selesai sesi terapi:
- Hidup lebih bersemangat.
- Keyakinan diri meningkat.
- Disenangi oleh orang di sekeliling.
- Mampu meninggalkan tabiat buruk seperti malas, penakut.
- Kerjaya dan rezeki meningkat.
- Perniagaan semakin berkembang.
- Menjadi orang yang berfikiran positif.
- Menghilangkan stress dan kemurungan.
Siapakah yang perlu untuk menjalani Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri?
- Mereka yang mengalami ketandusan rezeki.
- Mereka yang mengalami emosi yang tidak stabil.
- Mereka yang mengalami kekacauan jiwa.
- Mereka yang sentiasa keresahan.
- Mereka yang ingin meningkatkan kerjaya dan wibawa diri.
- Mereka yang ingin mengembangkan perniagaan dan meramaikan pelanggan.
- Mereka yang sukar bertemu jodoh.
- Pelbagai masalah kehidupan.
Berminat untuk mendapatkan Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri? Sila klik di sini
Written by: admin
Filed Under:
Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/terapi-pembersihan/trackback/

