Offline

March 9, 2013

Gastritis… jangan sampai jadi kanser! Rawat segera…


Apakah itu Gastritis?

Gastritis merupakan, iritasi atau penghakisan pada mukosa perut. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba (akut) atau secara berlarutan (kronik).

Apakah Punca Gastritis?

Gastritis boleh disebakan oleh iritasi yang berpunca daripada pembailan alkohol, muntah secara kronik, tekanan atau penggunaan ubat seperti aspirin atau ubat-ubatan anti-radang. Ia mungkin juga disebabkan oleh salah satu daripada berikut:

  1. Helicobacter pylori (H. pylori) : Sejenis bakteria yang tinggal di dalam mukosa perut. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh bertukar menjadi ulser dan dalam sesetengah kes menjadi kanser perut.
  2. Anemia pernisius : Sejenis anemia yang berlaku apabila perut kekurangan satu bahan yang terbentuk secara semula jadi yang digunakan untuk menyerap dan mencernan vitamin B12.
  3. Refluks hempedu : Aliran songsang hempedu daripada saluran hempedu (yang menyambung hati dan pundi hempedu) ke dalam perut.
  4. Jangkitan akibat daripada bakteria dan virus.

Jika gastritis dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan pendarahan yang serius dan mungkin meningkatkan risiko kanser perut.

Apakah Gejala-gejala Gastritis?

Bagi ramai orang, gejalanya tidak nyata. Namun begitu, gejala-gejala yang biasa dijumpai termasuk:

  • Mual atau gangguan perut yang berulang-ulang.
  • Kembung perut.
  • Sakit perut.
  • Muntah.
  • Perut rasa pedih atau memulas di antara waktu makan atau pada malam.
  • Sedu.
  • Hilang selera.
  • Muntah darah.
  • Najis berwarna hitam.
  • Masalah pencernaan.

 

Produk Yang Disarankan:

1. Ekstrak Gamat Dengan Madu :

  • Melegakan radang dan membaiki tisu perut.
  • 1 sudu besar pada pagi dan malam sebelum makan.

2. K-Mixed Fruit Drink :

  • Mengurangkan bakteria H. pylori
  • 3 camca teh campur dengan air, pada pagi dan malam sebelum makan.

3. AyuCid:

  • Mengurangkan keasidan dalam perut.
  • 2 kapsul pada pagi dan malam selepas makan.

Menghindari makanan yang merengsakan seperti laktosa dari produk tenusu atau gluten dari gandum akan dapat banyak membantu dalam rawatan gastritis.

gastritis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,974 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>