Offline

January 4, 2012

Apa Keadaan Hari Ini?

Alhamdulillah , syukur kepada Allah s.w.t. kerana masih diberi kesempatan menikmati kehidupan dengan iman dan Islam. Telah lama laman ni tak  ’update’. Ada yang tertanya-tanya……, syukur kepada Allah s.w.t. kerana diberi sedikit kelapangan untuk menulis pagi ni. Terima kasih kepada pengunjung penawar.com yang prihatin yang terus bersama laman ni… Ambilah apa yang baik dan tinggalkan jika ianya mengundang keburukan.

Tahun hijrah telah masuk bulan Safar dan tahun masehi juga telah bertukar, kita pulak macamana? Mari kita sentiasa bermuhasabah diri untuk terus mempertingkatkan iman dan amal soleh. Kita tak sunyi dari dosa, namun kita yakin Allah s.w.t. sentiasa menerima permohonan ampun dan taubat kita…….asalkan kita ikhlas dan berazam untuk meninggalkan dosa.

Mari kita seiring jalan untuk islah dan dakwah. Moga Allah s.w.t. sentiasa memberi kita kesihatan rohani dan jasmani. Kita mohon agar Allah s.w.t. memberi taufiq untuk beristiqamah dalam taat. Semoga kita beroleh ‘husnul khatimah’. Amin.

Written by:

Filed Under: Featured, Uncategorized

Tags: ,

Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2012/01/04/apa-keadaan-hari-ini/trackback/

Leave a reply

* means field is required.

*

*