Offline

November 1, 2011

Amalan Dan Doa Untuk Kelapangan Hidup

Hari ini saya nak kongsikan amalan zikir dan doa bagi memohon kelapangan hidup daripada Allah s.w.t. Tidak dapat dinafikan kehidupan ini penuh dengan ujian. Allah s.w.t. menguji hamba-hambaNya yang beriman dengan pelbagai keadaan. Ramai di kalangan kita mendambakan kehidupan yang tenang, aman dan lapang dari permasalahan yang boleh menggugat kehidupan. Segalanya dari Allah s.w.t., maka kepada Dia juga kita bermohon segala hajat dan keperluan kita kerana Dia sahaja yang berkuasa memenuhi permohonan dan keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu selain usaha fizikal yang kita lakukan, maka usaha melalui amal merupakan satu asbab mempercepatkan pertolongan dan tercapai hajat daripada Allah s.w.t.

Di antara zikir doa dan wirid yang boleh diamalkan untuk memohon kelapangan hidup adalah seperti yang disebutkan di bawah:

  • Baca Ya Basith (يا باسط) sebanyak 103 kali pada waktu siang dan malam.
  • Baca doa berikut:

Ertinya:”Wahai Tuhanku, Yang Maha Menyempitkan, halagilah kejahatan sesiapa yang bertujuan mencelakakan kami. Wahai Yang Maha Melapangkan, lapangkanlah rezeki hamba-Mu dengan luas, Engkau juga yang melapangkan hati dengan  kesaksian terhadap-Mu, Engkau yang mengekarkan jasmani dengan anugerah-Mu. Maka, perlihatkanlah kepada kami cahaya nama-Mu al-Basith agar jelas cahayanya pada seluruh anggota tubuh kami, sehingga sesiapa pun memandang kami lapang dadanya dan cerah hatinya. Dan semoga selawat dan salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi kami, Rasul Kami dan cahaya kami Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan sahabat beliau.”

  • Memperbanyakkan membaca selawat al-Basith:

Ertinya:”Ya allah, limpahkan kesejahteraan dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan para sahabat beliau, sebanyak bilangan jenis rezeki dan jalurnya. Ya Allah Yang Maha Melapangkan rezeki, lapangkanlah rezeki yang banyak dan luas buat kami dari segala penjuru dan arah dan dari perbendaharaan ghaib-Mu, demi kurnia-Mu, wahai Yang Maha Pemurah.”

Nota:

Jika seseorang bersungguh-sungguh beriman kepada Allah s.w.t. dan mengamalkan amalan di atas dengan penuh yakin dan ikhlas kepada Allah s.w.t., insya Allah akan dikurniakan Allah s.w.t. kedamaian dalam hatinya, membebaskannya dari tekanan, kemurungan dan masalah jiwa yang lain serta menambah pendapatannya. Dirinya dicintai kerana mampu memberikan kesejahteraan serta kebahagiaan kepada persekitaran sekelilingnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,971 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>