October 4, 2011
‘Makhluk Singgah’
11 murid pengsan lihat lembaga dalam dewan di petik dari Harian Metro
Tumpat : “Anak saya memberitahu, dia tergamam dan menggeletar sebaik melihat satu lembaga besar memerhatinya ketika di dalam dewan pepriksaan semalam.
“Selepas menjerit ketakutan, anak saya pengsan sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh guru,” kata Rozali Abdul Rahim, 46, bapa
kepada Sara, 11, yang diserang histeria di sekolahnya jam 10 pagi semalam.
Rozali berkatan, ketika kejadian anaknya yang belajar di tahun 5 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 sedang menduduki peperiksaan penggal akhir tahun bersama beberapa rakannya tiba-tiba menjerit ketakutan. Katanya, selain anaknya, kira-kira 10 lagi murid di dalam dewan itu turut menjerit seolah-olah ternampak sesuatu yang menakutkan sebelum tidak sedarkan diri.
“Nasib baik dia dapat dipulihkan dengan bantuan pengamal perubatan tradisional yang didatangkan dari Pengkalan Chepa,” katanya, semalam. Menurutnya, dia tidak tahu lebih lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya serta beberapa lagi murid di sekolah itu, tetapi ada mendengar cerita yang mengatakan gangguan bermula selepas sebatang pokok jambu berhampiran sekolah itu ditebang untuk membina bangunan baru.
Pengamal perubatan tradisional yang ditemui di sekolah itu pula mendakwa, murid yang diserang histeria kemungkinan diganggu sekumpulan makhluk halus yang kebetulan singgah di sekolah berkenaan. Katanya, apa yang boleh diikhtiarkan adalah melakukan solat hajat dan memeriksa kawasan sekolah supaya kejadian tidak berulang.
Difahamkan, sebelum kejadian semalam, murid di sekolah terbabit juga sudah mengalami gangguan sama pada Rabu lalu sehingga lebih 10 orang murid histeria. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Sumber : Harian Metro, Oleh : Adnan Mohamad
Written by: admin
Filed Under: Featured, Uncategorized
Tags: gangguan makhluk halus, histeria, jin singgah, makhluk singgah
Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/10/04/makhluk-singgah/trackback/

