Offline

October 3, 2011

Doa Untuk Menolak Kezaliman Dan Melapangkan Rezeki

Ertinya:”"Wahai Tuhanku, Yang Maha Meyempitkan, halangilah kejahatan sesiapa yang bertujuan mencelakakan kami. Wahai Yang Maha Melapangkan, lapangkanlah rezeki hambaMu dengan luas, Engkau yg melapangkan hati dengan kesaksian terhadapMu, Engkau juga yg mengekarkan jasmani dgn anugerahMu. Maka, perlihatkanlah kpd kami cahaya namaMu al-Basith agar jelas cahayanya pd seluruh anggota tubuh kami, sehingga sesiapa pun memamndang kami lapang dadanya dan cerah hatinya. Dan semoga selawat dan salam sentiasa dilimpahkan kpd Nabi kami dan cahaya kami Muhammad s.a.w. beserta keluarga dan sahabat beliau.”

Cara mengamalkannya:

  • Dalam keadaan berwudhuk dan menghadap kiblat.
  • Pusatkan perhatian pada amalan dengan penuh keyakinan kepada Allah s.w.t.
  • Mulakan dengan istighfar 3 x.
  • Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3x
  • Berzikir 1000x atau seberapa yang terdaya lafaz “Ya Qabidh -يا قابض” dan “Ya Basith- ياباسط”
  • Berdoa dengan doa di atas 3x.
  • Yakin bahawa Allah s.w.t. menerima permohonan dan berusahalah mencapai apa yang dihajatkan, Insya Allah.

 

Written by:

Filed Under: Featured, Rawatan Islam, Uncategorized

Tags: , ,

Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/10/03/doa-untuk-menolak-kezaliman-dan-melapangkan-rezeki/trackback/

Leave a reply

* means field is required.

*

*