Offline

September 26, 2011

Sihir Yang dinamakan Biring

Ia adalah sejenis sihir yang dihantar kepada mangsa, sehingga menyebabkan mangsa mengalami sejenis penyakit kulit pada seluruh badan dan begitu sukar untuk dirawat. Biring wujud dalam dua keadaan iaitu basah dan berair. Ia juga bernanah serta mengeluarkan bau yang tidak selesa dan kering, menyebabkan kulit menggerutu, bersisik, menggelupas dan kelihatan seperti bintik-bintik hujung padi yang berwarna merah. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan mangsa berasa gatal yang tidak terperi.

Biring biasanya berlaku pada permukaan kulit terutamanya pada bahagian sulit atau pun celah lipatan, pada bahagian tengkuk dan belakang badan sahaja serta bahagian muka mangsa. Biring mempunyai persamaan dengan penyakit fizikal seperti kayap, kurap dan psoriasis tetapi ia tidak berjangkit. Hanya mangsa yang menderita penyakit ini dan tidak melibatkan orang sekelilingnya. Mangsa biring berasa terganggu dengan rasa gatal yang tidak terperi dan waktu kedatangan keadaan gatal itu tidak dapat diramal kerana ia menyerang pada bila-bila masa sahaja. Serangan gatal sihir ini ada kalanya mengeluarkan sejenis cecair hanyir yang pekat. Sihir biring ini juga kadangkala menyerang mangsa pada waktu malam dan mengakibatkan mangsa tidak dapat tidur dan berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Apabila matahari naik, mangsa berpeluh dan pada masa yang sama cecair pekat serta berbau hanyir keluar daripada kawasan gatal itu. Keadaan ini menjadi lebih mengaibkan apabila mangsa menghadiri jamuan makan, kenduri atau keramaian. Ini kerana apabila serangan itu berlaku disertai dengan keadaan gatal yang tidak terperi, mangsa tidak menyedari tangannya asyik menggaru kawasan yang gatal itu sehingga mengakibatkan kulitnya berairi dan berdarah serta rasa gatal terus merebak. Sesuai dengan tujuan utama sihir ini iaitu supaya penderita berada dalam keadaan tidak tenang dalam lehidupan harian.

Sihir biring diproses oleh para dukun melalui pengetahuan yang dituntut terus daripada guru mereka yang bertentangan dengan akidah. Terdapat beberapa bahan yang diperlukan oleh dukun bagi melaksanakan sihir biring ini. Bahan seperti ubi keladi gatal yang diproses dengan gabungan katak puru, ulat bulu, miang serta getah pokok kayu. Bahan-bahan tadi kemudiannya dimasak dengan minyak. dukun membacakan jampi serapah yang bertujuan menyeru jin yang ditugaskan bagi menjaga bahan itu.

Terdapat dua kaedah utama biring ini dapat disebarkan kepada mangsa. Kaedah pertama adalah dengan mencolekkannya pada bahagian tubuh mangsa, manakala kaedah kedua pula memadai dengan hanya menggunakan tanah ataupun pasir yang ditiup kepada mangsa. Sihir ibring ini sebenarnya adalah kerjasama antara manusia dan jin, syaitan dan iblis. Jin, syaitan dan iblis ini yang ditugaskan bagi merosakkan kulit mangsa dan mengakibatkan mangsa mengalami penderitaan. Perbuatan ini jelas syirik dan zalim.

Carilah redha Allah s.w.t. dan jauhilah syirik.

Untuk khidmat nasihat dan rawatan sila hubungi Ustaz Suhaimi : 019-9048006

Written by:

Filed Under: Sihir Dan Rawatan, Uncategorized

Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,978 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>