Online

September 25, 2011

Saka Penyebab Derita

Puan Y adalah seorang profesional yang menjalankan perniagaan sendiri dan berumur sekitar 30-an. Beliau telah mengalami gangguan saka sejak zaman sekolah menengah lagi. Sewaktu di alam persekolahan beliau merupakan seorang bermotivasi tinggi dan cmerlang dari segi akademik. Segala masalah yang ditanggungnya bermula apabila nenek beliau meninggal dunia.

Tanpa beliau sedari, gangguan saka keluarga sudah bermula. Prestasi pelajaran beliau merosot dan beliau mula berasa sukar bagi memberikan tumpuan apatah lagi mengingati pelajaran. Beliau kerap sakit-sakit badan dan sakit kepala. Walau bagaimanapun, beliau berjaya menamatkan pelajaran di universiti selepas beberapa kali gagal dan terpaksa mengulang semester pengajiannya.

Sewaktu bekerja makan gaji, beliau kerap kali bermasalah dengan ketua di tempat kerja. Beliau pernah dibuang kerja tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Selepas berkahwin dan mempunyai anak, beliau pernah keguguran beberapa kali. Ketika anak-anaknya masih bayi mereka kerap meragam dan mengalami gangguan tidur.

Sehinggalah beliau datang mendapatkan rawatan. Beliau diruqyahkan dengan ayat-ayat Quran serta diberikan amalan-amalan daripada ayat-ayat Quran serta zikir. Dengan kesabarannya datang mengulang rawatan serta konsisten dengan amal dengan penuh yakin kepada Allah s.w.t., akhirnya masalah gangguan yang menghantui diri selesai. Namun dalam tempoh rawatan berlangsung banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi kerana setiap kali beramal gangguan jin akan menyerang. Akhirnya apabila amalannya konsisten serta rohaninya semakin kuat, gangguan semakin kurang dan lenyap. Beliau pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.

Written by:

Filed Under: Featured, Saka Dan Rawatan

Tags: , ,

Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/09/25/saka-penyebab-derita/trackback/

Leave a reply

* means field is required.

*

*