Offline

September 23, 2011

Sihir Yang Melibatkan Hubungan Suami Isteri

Selain sihir pemisah yang bertujuan supaya hubungan suami isteri menjadi keruh lalu bercerai, terdapat beberapa jenis sihir lain yang dihantar kepada suami sahaja ataupun isteri sahaja ataupun kedua-duanya atas tujuan tertentu. Hubungan suami isteri yang
dimaksudkan di sini adalah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Sihir jenis ini dinamakan sihir jerutan/sihir pengikat oleh Syeikh Abdul Wahid Salam Bali. Antara jenis sihir tersebut adalah:

    • Mati Pucuk – Adalah sihir yang dihantar menyenyebabkan secara fizikalnya suami gagal menunaikan nafkah batin kepada isteri. Suami tidak mampu mendapat ereksi yang secukup ataupun tidak mampu mencapai ereksi langsung sehingga menyebabkan persetubuhan tidak dapat dilakukan.
    • Ejakulasi Pramatang – Ada suami yang mampu mencapai ereksi yang sempurna tetapi apabila persetubuhan mahu dilakukan, suami dengan secara tidak sengaja menagalmi ejakulasi sebelum persetubuhan seterusnya menggagalkan hubungan seks mereka.
    • Suami Atau Isteri Terkunci Nafsu -Suami berasa seolah-olah tidak ada nafsu ghairah kepada isteri-isterinya yang sah. keadaan ini biasanya berlaku dalam perkahwinan poligami, apabila salah seoarang isteri menyihir suaminya supaya hanya berbnafsu kepadanya. Perkara sama boleh berlaku kepada isteri.
    • Melihat Pasangan Menjadi Buruk Ataupun Berwajah Hodoh Ketika Melakukan Hubungan Kelamin – Perkara ini juga biasa berlaku kepada pasangan yang disihir. Perhubungan kamunikasi berlaku seperti biasa tetapi pada ketika perhubungan kelamin mahu dilakukan, suami melihat isteri dengan berwajah hantu, hodoh dan menakutkan sehingga suami berasa takut ataupun tidak lagi berselera meneruskan hubungan intim mereka. Perkara yang sama juga berlaku kepada isteri apabila beliau melihat suaminya dengan wajah yang menakutkan ataupun hodoh.
    • Suami Ataupun Isteri Diganggu Oleh Makhluk Yang Menyerupai suami Ataupun Isteri – Keadaan ini kerap berlaku apabila suami ataupun isteri diganggu makhluk yang menyerupai pasangannya ketika berada di rumah, walaupun pasangannya berada di luar rumah pada masa itu. Terdapat kes jin-jin yang mengganggu dengan menyerupai pasangan itu ia mengadakan hubungna kelamin dengan pasangan yang disihir.
    • Halangan Fizikal Ketika Persetubuhan – Sihir jenis ini berupaya menyebabkan paha isteri terkepit tanpa dapat dikawal sehingga menghalang persetubuhan serlaku secara normal. Contoh yang lian pula adalah suami berasa sukar menembusi alat kelamin isterinya ataupun terasa ada ketulan daging di dalam alat kelamin isterinya.
    • Jin-jin Merosakkan Benih-benih sperma Lelaki Dan Perempuan – Jin jahat yang dihantar melalui sihir juga berupaya merosakkan sperma lelaki ataupun ovum perempuan. Pasangan suami isteri yang mengalami masalah ini biasanya sukar mencapai peringkat kehamilan.

Sihir-sihir seperti yang dinyatakan sebelum ini dihantar atas alasan mahu membalas dendam ataupun bertujuan memisahkan pasangan suami isteri yang menjadi mangsa. Sihir-sihir ini adalah perbuatan yang kejam kerana merosakkan institusi rumahtangga yang menjadi asas kepada pembentukan keluarga muslim yang bahagia.

Daripada sudut perubatan moden, terdapat penyakit mati pucuk yang disebabkan oleh penyakit fizikal seperti kencing manis ataupun kesan sampingan daripada ubat-ubatan moden seperti Beta Blocker. Penyakit seperti ini mudah dikesan kerana biasanya dapat dibuktikan melalui kajian makmal klinikal. Sekiranya pesakit atau mangsa sihir mengalami tanda-tanda fizikal disertai pula oleh tanda-tanda gangguan sihir, maka itu bukannya penyakit fizikal yang dapat dirawat atau diubati melalui kaedah perubatan moden.

Faktor psikologi jua perlu dipertimbangkan sekiranya pesakit mengalami masalah seksual seperti yang berlaku dalam kes perkahwinan paksa. Sesi kaunseling bersama dengan pakar psikiatri ataupun kauselor rumahtangga dapat membantu mencari jalan dalam menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat gejala-gejala sihir yang lain, ia menandakan jin-jin jahat terlibat dalam permasalahan itu.

Jika perlukan khidmat nasihat dan rawatan sila hubungi Ustaz Suhaimi di : 019 – 9048006

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,977 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>