September 23, 2011
Lagi Info Berkaitan Sihir Pelalau
Sihir pelalau adalah sihir bagi mengunci nafsu mangsa sihir. Ini menyebabkan mangsa hilang motivasi ataupun berasa rendah diri ataupun dalam bahasa saintifiknya inferiority complex. Selain itu, ia juga menyebabkan orang lain yang memandang mangsa sihir seperti hodoh
ataupun tidak menarik. Sihir pelalau berlaku dalam dua keadaan:
1. Dihantar supaya mangsa sihir tidak bertemu jodoh
Mangsa berasa tidak bernafsu ataupun ataupun tertutup hati mahu berkahwin dan mangsa lebih suka menyendiri. Peluang mengadakan pertunangan ataupun perkahwinan selalu terhenti di tengah jalan. Apabila sihir berlaku kepada perempuan, selalunya rombongan meminang melihat perempuan itu hodoh, kurang menarik atau perempuan itu tidak semena-mena menjadi marah ataupun berang kepada rombongan pihak lelaki yang datang. Apabila lelaki yang menjadi mangsa, beliau seolah-olah tidak ada nafsu kepada wanita. Sihir kebanyakkannya dihantar oleh bekas kekasih ataupun orang yang meminati mangsa atas alasan membalas dendam kerana cinta yang tidak terbatas.
2. Dihantar kepada pemilik restoran ataupun kedai
Tujuan sihir ini dihantar supaya perniagaan itu ditutp. Sihir ini dihantar oleh pesaing-pesaing perniagaan yang dnegki. Apabila sihir ini dikenakan, pemilik kedai hilang motivasi dan minat berniaga. Beliau berasa begitu malas bekerja dan selalu mengantuk. Kadangkala mangsa berasa takut, gelisah dan sakit-sakit badan apabila berada di premis perniagaan tetapi pulih semula selepas keluar dari kedai.
Pelanggan-pelanggan selalu mengadu yang mereka tidak dapat melihat kedai mangsa ataupun melihat kedai mangsa ditutup pada pada hari itu, pada hal perniagaan dibuka seperti biasa. Terdapat juga penaggan yang datang ke kedai ataupun restoran mangsa, melihat ulat, serangga ataupun rambut di dlam makanan yang dihidangkan kepada mereka. Makanan juga cepat basi walaupun baru sahaja dimasak. Malah, ada juga yang sakit perut ataupun cirit-cirit selepas makan di kedai mangsa sihir.
Sihir seperti ini adalah sihir yang berbentuk ikatan, simpulan ataupun cengkaman, iaitu selagi sihir itu tidak dirungkaikan, mangsa snetiasa dibelenggu oleh keadaan itu. Sihir jenis ini menggunakan bahan-bahan yang dipuja dan diletakkan di rumah atau pun ditanam. Rawatan sihir ini sama sahaja seperti yang lain kerana makhluk yang menjadi ejen perlaksanaan sihir itu adalah jin-jin yang jahat.
Untuk khidmat nasihat dan rawatan, sila hubungi Ustaz Suhaimi : 019-9048006
Written by: admin
Filed Under: Featured, Sihir Dan Rawatan, Uncategorized
Tags: pelalau, sihir, sihir pelalau
Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/09/23/lagi-info-berkaitan-sihir-pelalau/trackback/

