September 22, 2011
Pendekat Jodoh
Rezeki, ajal, jodoh dan pertemuan adalah antara perkara-perkara yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Namun begitu, manusia dikehendaki
berusaha untuk mendapatkannya kerana tiada siapa yang tahu sebenarnya ketentuan Allah s.w.t. itu. Begitu juga di dalam mencari pasangan hidup iaitu jodoh.
Beberapa faktor utama yang dijadikan penilaian menentukan jodoh atau pasangan hidup ialah pemilihan kecantikan paras rupa, keturunan, kekayaan, akhlak dan agama. Menurut Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang memilih pasangan hdup harus memberi keutamaan terhadap pegangan agama bakal isterinya untuk kebahagiaan hidup. Allah s.w.t. menjadikan manusia dan segala sesuatu berpasang-pasangan.
Firman Allah s.w.t. :
Ertinya: “Maha suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” – Yasin : 36
Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu terdapat individu-individu yang susah mendapat pasangan hidup. Contohnya ada pasangan yang telah berkenalan beberapa tahun tetapi tidak berjaya mendirikan rumahtangga kerana ada pihak yang tidak merestuinya seperti ibu kepada pihak perempuan.
Faktor lain ialah seorang dari pasangan itu berubah hati menjelang hari perkahwinan. Kemalangan yang membawa maut juga pernah berlaku pada seorang dari pasangan menjadikan hajat berumahtangga tidak kesampaian. Begitulah ketetapan Allah s.w.t. Manusia wajib beriman dengan qada’ dan qadar setelah usaha dibuat.
Pihak lelaki pula selalunya mengharapkan pasangan yang cantik paras rupa, namun terdapat ramai pasangan yang isterinya berwajah sederhana tetapi berjaya hidup berumahtangga. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar mendapat jodoh ialah:
- Segelintir wanita yang terlalu mengutamakan kerjaya dan apabila usia telah mencecah lebih dari 30 tahun, mereka sukar mencari jodoh jika dibandingkan dengan peringkat umur yang lebih muda.
- Seseorang itu terlalu memilih calon yang ideal mengikut padangan matanya. Hakikatnya manusia tidaklah sempurna dalam semua aspek. Seseorang itu mungkin tidak segak atau cantik tetapi baik akhlaknya dan tahu tanggungjawab berumahtangga. Ramai wanita yang berparas sederhana yang telah berjaya membina rumahtangga yang bahagia.
- Akibat sihir yang menghalang perkahwinan. Terdapat kes di mana pada mulanya seorang lelaki telah berniat untuk mengahwini wanita tersebut, tetapi apabila tiba masanya dia hilang keinginan untuk berkahwin atau merasakan sesuatu yang tidak kena pada bakal isterinya atau dirinya sendiri. Sihir dilakukan oleh seseorang kepada orang lain disebabkan oleh persaan hasad dengki antara manusia. Ia juga membuat seseorang terus hilang keinginan berkahwin. Sihir boleh menjadikan sama ada lelaki atau wanita dilihat berupa hodoh oleh bakal pasangan. Tanda-tanda sihir yang menghalang perkahwinian yang dinamakan sihir pembenci atau pelalau (lihat tajuk berkenaan untuk maklumat lanjut).
- Kekurangan fizikal atau masalah kesihatan adalah satu lagi faktor yang menyebabkan susah bagi seseorang mencari jodoh. Mungkin bakal jodoh ada tetapi pihak bakal mertua pula enggan menerimanya. Namun di dunia ini ada orang yang kekurangan fizikal tetapi berjaya dalam perkahwinan. Sebagai contoh, terdapat individu yang pasangannya mengalami kecacatan penglihatan, bisu atau dilahirkan dengan satu tangan sahaja.
Selain dari berdoa, disarankan seseorang yang suah mencari jodoh itu menganalisa faktor apakah yang menghalang jodohnya dan apakah perubahan yang perlu diusahakan untuk mendapatkan jodoh. Mendapatkan kaunseling daripada mana-mana orang yang boleh dipercayai berkaitan masalah jodoh merupakan satu ikhtiar mendapatkan jalan keluar. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya berkahwin agar dapat melahirkan zuriat keturunan dan meramaikan umatnya.
Perkahwinan dalam Islam:
1. Memberikan rasa ketenangan dan kasih sayang kepada sesama pasangan:
Firman Allah s.w.t. :
Ertinya:”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. ialah diciptkan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu dan sakinah (ketenangan hati). Dan dijadikan kasih sayang antara kamu (suami isteri). Sesungguhnya yang demikian mejadi tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berfikir.” – ar-Rum: 21
2. Untuk mengembangkan zuriat manusia:
Firman Allah s.w.t.:
Ertinya: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” – Surah an-Nisa’ ayat : 1
Sentiasalah solat hajat dan memohon doa dan petunjuk dari Allah s.w.t. agar diberi jodoh dan rumahtangga yang bahagia. Jika masih belum berhasil dan ingin terus berikhtiar, insya Allah pasti Allah s.w.t. akan beri jalan.
Untuk khidmat nasihat dan rawatan sila hubungi Ustaz Suhaimi di : 019-9048006
Written by: admin
Filed Under: Featured, Rawatan Islam, Uncategorized
Tags: jodoh, pendekat jodoh
Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/09/22/pendekat-jodoh/trackback/




