Offline

September 22, 2011

Jenis-jenis saka

Terdapat beberapa jenis saka sama ada yang dikaitkan dengan haiwan atau tidak. Antara jenis saka yang melibatkan haiwan tertentu adalah seperti berikut:

    • Saka Harimau – saka jenis ini selalunya menjadi pilihan ramai kerana bersifat berani dan boleh digunakan untuk menakutkan orang ramai atau melawan musuh-musuh tuannya.
    • Saka Buaya – saka jenis ini digunakan untuk menjinakkan haiwan seperti buaya.
    • Saka Ular – penggunaannya untuk mengawal atau menjinakkan ular yang dipakai oleh pembela-pembela dan peminat-peminat ular.

Manakala saka yang bukan menyerupai haiwan adalah seperti berikut:

    • Saka Bomoh – kebiasaannya digunakan untuk tujuan perubatan pesakit yang melibatkan gangguan makhluk halus.
    • Saka Susuk – kegunaannya untuk kecantikan.
    • Saka Kuat – bagi menguatkan ‘tuannya’ dengan tujuan untuk mengangkat barang-barang yang berat atau menjadikan ‘tuannya’ itu kebal daripada sebarang senjata.
    • Saka Bidan – kelazimannya untuk tujuan perbidanan dan urutan selepas bersalin.

Di kalangan masyarakat Melayu saka dibela dan diwarisi untuk tujuan dan manfaat tertentu. Antaranya saka digunakan untuk melindungi diri, ahli keluarga dan harta benda tuannya atau ada yang digunakan untuk mejaga tanaman dan kebun serta binatang ternakan. Bahkan, ada juga saka yang digunakan untuk mengawal binatang buas atau menjinakkan binatang tersebut. Sebahagian orang menggunakan saka untuk memberi kekuatan pada dirinya seperti menjadi kebal dan tidak lut oleh senjata serta ada juga yang digunakan untuk menjadikan dirinya mempunyai daya tarikan seperti kecantikan, pengasih dan sebagainya.

Walaupun pada zahirnya seolah-olah terdapat manfaat dan kebaikan daripada penggunaan saka tersebut dalam kehidupan manusia, pada hakikatnya ia lebih banyak mendatangkan keburukan kepada pengamalnya dan juga tuannya itu sendiri. Bahkan, kesan buruk itu juga dihadapi oleh waris dan ahli keluarga pembela saka tersebut.

Antara kesan buruk akibat daripada membela saka atau menjadikan saka sebagai pendamping adalah seperti berikut:

  1. Membawa kepada perlakuan syirik kepada Allah s.w.t. kerana meletakkan pergantungan, perlindungan dan keselamatan diri serta ahli keluarga kepada selain Allah iaitu makhluk halus seperti jin dan syaitan.
  2. Mengganggu kehidupan dan ketenteraman tuannya atau pembelanya apabila melanggar pantang larang atau tidak lagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sebelum ini seperti menyembahkan darah atau melimaukan keris setiap minggu.
  3. Menjadikan pembela atau tuannya malas kerana pergantungannya kepada makhluk tersebut yang menguruskan segala urusannya seperti menjaga kebuh dan tanaman.
  4. Menipu daya tuannya melalui amalan zikir yang perlu dilakukan dalam jumlah tertentu dan waktu tertentu. Bahkan menyebabkan amalan tersebut tidak diterima oleh Allah s.w.t. kerana ia dilakukan atas arahan dan ketaatan tuannya itu kepada makhluk atau saka tersebut.
  5. Memecah belahkan masyarakat seperti individu yang mempunyai saka bomoh mengubati pesakit dengan menyebutkan pelbagai dakwaan yang kononnya pesakit itu telah terkena “buatan” seseorang itu atau sifulan dikenalinya sehingga menyebabkan berlaku permusuhan antara mereka.
  6. Mememcah belahkan hubungan keluarga seperti saka tersebut tidak mahu diwarisi oleh waris sehingga berlaku pertelingkahan dan sebagainya.
  7. Mendatangkan kesan buruk kepada pembela atau tuannya seperti penderitaan ketika hampir mati “nazak” di mana dalam banyak kes disebutkan orang yang membela saka akan menderita kesukaran roh untuk meninggalkan jasad walaupun kadangkala tuannya telah lama sakit akibat tiada pewaris untuk saka tersebut.

Oleh yang demikian, adalah lebih baik menjauhkan diri daripada terlibat dengan penggunaan makhluk halus sebagai sahabat dan teman dalam kehidupan manusia. Seseorang muslim yang beriman atau seseorang yang normal dengan kewarasan akal yang dianugerahkan Allah s.w.t. pasti meletkkan pergantungan hidupnya hanya kepada Allah s.w.t. buka menjadikan makhluk sebagai tempat bergantung harap. Hal ini kerana makhluk halus seperti iblis dan syaitan adalah musuh ketat manusia.

Firman Allah s.w.t. :

Ertinya:”Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu.” – Surah Yasin: 60

Firman Allah s.w.t. :

Ertinya: “Dan sesiapa yang (mengambil) syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan adalah syaitan.” – surah an-Nisa’ : 38

Nota: Jika perlukan khidmat nasihat dan rawatan sila hubungi Ustaz Suhaimi : 019-9048006

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,976 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>