September 21, 2011
Sedikit Maklumat Tentang Santau
Santau merupakan antara amalan sihir yang terkenal di Nusantara. Kemampuan sihir ini menyebabkan mangsa menderita kesakitan sehingga boleh membawa kematian menyebabkan ia menjadi pilihan manusia berhati jahat dan dipenuhi perasaan dendam kepada
mangsa. Orang yang merasa dengki atau dendam akan berjumpa dengan bomoh santau untuk menghantar sihir tersebut kepada orang yang dimaksudkannya. Ada juga yang membuat santau semata-mata kerana hendak menguji ketahanan batin seseorang yang dicemburuinya.
Terdapat bebrapa jenis santau, antaranya ialah:
- Santau Angin – biasanya dilakukan oleh pembuat santau bagi membuang santaunya disebabkan tabung yang menyimpan santaunya telah penuh. Takut sekiranya santua tersebut melimpah dan akan mengganggu diri dan keluarganya, si pembuat santau akan membuang santaunya di tempat-tempat awam khasnya kedai-kedai makan. Santau akan dilepaskan melaui arah angin dan sesiapa yang berhadapan dengan aliran angin tersebut akan terkena. Santau ini biasanya memakan masa yang agak lama untuk membiak dalam tubuh mangsa.
- Santau Tuju – yang menggunakan khidmat jin untuk memasukkan santau ke dalam mulut mangsa atau ke dalam makanan. Mangsa akan tersedak atau muntah darah setelah termakan makanan yang mengandungi racun santau yang dihantar itu.
- Santau Makan Dan Minum – iaitu santau yang snegaja diletakkan ke dalam minuman atau makanan seperti gulai semasa majlis kenduri.
- Santau Langkah – yang ditabur di depan pintu atau pagar rumah. Sesiapa yang melangkah akan terkena kecuali jika ia dihaskan dan dituju kepada indvidu tertentu.
- Batuk.
- Muntah darah.
- Rasa sesuatu mencucuk dari dalam badan seperti jarum.
- Demam panas berulang-ulang.
- Sakit kepala, dada, perut dan pinggang.
- Lemah anggota terutama sendi.
- Tapak kaki terasa bisa.
- Hilang selera makan.
- Kehilangan berat badan.
- Susah tidur.
- Senang mengantuk.
- Pemarah dan pembenci.
- Peluapa.
- Menghidap resdung.
- Lelah (Asama).
- Menghidap barah.
- Lumpuh.
- Gila.
- Lemah tenaga batin.
- Kayap atau kudis di badan.
- Jari mengerekot dan lidah tersentap ke dalam.
- Selalu bersedih.
- Suka bersendirian.
- Terasa terlalu takut.
- Terasa seram sejuk pada waktu petang.
- Hilang keyakinan.
- Jari dan kuku kebiru-biruan.
- Bawah mata pucat dan kebiru-biruan.
Written by: admin
Filed Under: Featured, Sihir Dan Rawatan, Uncategorized
Tags: rawatan santau, santau, sihir santau
Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/09/21/sedikit-maklumat-tentang-santau/trackback/


