September 20, 2011
Gila Meroyan
Gila meroyan adalah keadaan apabila ibu-ibu yang sudah bersalin mengalami gangguan mental dan emosi yang begitu teruk sehingga mereka tidak berupaya memainkan peranan sebagai ibu kepada bayi dan isteri kepada suami. Gila meroyan dalam bahasa perubatan
moden dapat dibahagikan kepada kemurungan selepas bersalin yang dikenali sebagai postpartum depression. Keadaan yang mirip kepada perbuatan yang tidak rasional dipanggil postparum psychosis.
Tanda-tanda pesakit jiwa meroyan dapat dijelaskan hanya apbila mangsa sihir sudah bersalin dan melahirkan anak. Tanda-tanda ini ini biasanya berlaku selepas sebulan bersalin dan ia mampu berlanjutan selama beberapa minggu, bulan ataupun tahun dan kadangkala berlanjutan sehingga tempoh yang lama. Antara tanda yang biasa berlaku adalah:
- Rasa hiba, sedih ataupun kemurungan yang keteraluluan sehingga sukar dikawal tanpa diketahui punca.
- Rasa rendah diri dan rasa bersalah ke atas diri sendiri tanpa diketahui puncanya.
- Hilang selera makan.
- Gangguan tidur.
- Rasa kepenatan, sakit-sakit serta bisa-bisa di seluruh badan ataupun rasa kurang bertenaga.
- Sensitif ataupun berasa tidak berdaya menjaga bayi sendiri. Terdapat kejadian iaitu biu yang menjadi mangsa sihir merasa benci apabila melihat bayinya sendiri sehingga ke tahap mahu membunuh bayinya.
- Terdapat hasutan dalaman supaya membunuh diri.
- Rasa benci kepada suami dan kurang bernafsu bagi mengadakan hubungan intim.
- Rasa was-was dan cepat panas baran walaupun atas alasan yang tidak munasabah ataupun remeh.
- Psikosis atau gila. Mangsa menjadi seperti orang gila dan sering bercakap seorang diri, terjerit-jerit tanpa sebab dan tidak berupaya lagi berperanan sebagai isteri dan juga ibu yang normal. pesakit juga kadangkala menjadi ganas yang mampu membahayakan bayi.
- Perubahan hormon wanita selepas bersalin.
- Persekitaran terutamanya faktor ekonomi yang tidak kukuh dan kurang sokongan daripada pihak keluarga.
- Tekanan perasaan.
- Faktor sosial yang tidak memuaskan.
paling lemah secara fizikal dan mental pada ketika lepas bersalin. Mereka juga dalam keadaan berhadas besar yang menghalang mereka melakukan ibadat khusus seperti solat. Pada waktu seperti ini iblis dan syaitan mengganggu para ibu supaya menjadi tidak stabil dari segi emosi. Golongan yang sudah terkena sihir sebelum bersalin memang mudah menghidapi penyakit gila meroyan ini sekiranya penyakitnya belum pernah dirawat ataupun benteng diri dan amalan perlindungan diri tidak mantap.Written by: admin
Filed Under: Featured, Sihir Dan Rawatan, Uncategorized
Tags: gangguan jin, gangguan sihir, gila meroyan, meroyan
Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/09/20/gila-meroyan/trackback/

