September 19, 2011
Derita Angkara Saka Suami
Pertembungan antara manusia dengan akan terus berlanjutan hingga ke akhir dunia ini. Selagi manusia tidak membersihkan diri dari syirik serta amalan yang menyalahi ajaran Rasul maka masalah demi masalah akan terus berlaku.
Kali saya ingin berkongsi kisah benar seorang pesakit yang saya namakan Puan X. Beberapa hari lalu Puan X menelefon saya dan membuat temujanji untuk mendapat khidmat nasihat tentang masalahnya. Suaminya pengamal perubatan tradisional sejak yang diwarisi dari keturunannya.
Dalam pertemuan Puan X bersama suaminya dengan saya, beliau menceritakan banyak perkara yang pelik dalam kehidupan dan hubungan mereka suami isteri. Suaminya memang menafikan yang masalah ini berpunca darinya dan mendakwa beliau menerima dan mengamalkan ilmu yang benar. Setiap kali berubat isteri beliau akan dipersalahkan.
Puan X menceritakan beliau tidak boleh tidur samada saing atau pun malam. Semua pekerjaan tidak menjadi. Sentiasa sakit tapi tidak dapat dikesan oleh doktor. Kerap kali mimpi bersalin……..bila terjaga, darah seperti orang bersalin keluar. Sentiasa dalam keadaan tertekan. Sakit di bahagian peranakan. Bergaduh dengan suami hampir setiap hari. Selalu melihat kelibat di dalam rumah. Semasa beliau datang perutnya buncit seperti orang mengandung 9 bulan. Selepas selesai sesi rawatan malam tadi…….tiba-tiba perutnya kempis dan ringan sedangkan semasa sampai perutnya besar dan berat. Saya tidak berhasrat untuk menulis semua masalah beliau, cukup setakat satu perkongsian dan menjadi iktibar kepada mereka yang mungkin pernah dan sedang mengalami masalah seumpanya Puan X.
Dari pengamatan saya, masalah ini ada hubung kait dengan aktiviti rawatan suaminya. Suaminya berkeras menafikan tetapi bila dibacakan:
Sisuami menjadi kepanasan. Itu adalah petanda jelas bahawa terdapat unsur-unsur negatif dalam amalan pengubatannya, ini memang tidak diketahui oleh mereka yang menerima ilmu dari waris keturunan. Mereka menyangka yang membantu mereka selama ini adalah benda baik sebab mengajar doa dan ayat-ayat al-Quran untuk rawatan. Semua itu adalah tipu daya syaitan. Kalaulah dampingan itu baik, sepatutnya keluarga akan harmoni, bahagia dan tenang serta jauh dari berantakan.
Puan X telah bertekad untuk meneruskan rawatan dan mula mengamalkan ayat-ayat al-Quran serta zikir yang diberikan. Sebentar tadi beliau menelefon memaklumkan perubahan yang positif tetapi sisuami bagai cacing kepanasan. Moga masalah mereka selesai dengan izin Allah s.w.t. Kita berikhtiar, Allah s.w.t. menyembuhkan. Carilah redha Allah s.w.t. jauhi syirik.
Untuk khidmat nasihat serta rawatan, sila hubungi Ustaz Suhaimi di : 019-9048006
Written by: admin
Filed Under: Featured, Rawatan Islam, Saka Dan Rawatan, Uncategorized
Tags: angkara saka, gangguan saka, rawatan saka, saka
Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/09/19/derita-angkara-saka-suami/trackback/


