September 18, 2011
Saka Adalah Gangguan Makhluk Halus
“Saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau. Masalah
gangguan saka lebih sukar dirawat dan memerlukan masa yang agak lama untuk pulih. Semakin lama seseorang itu berdampingan dengan saka semakin sukar untuk membuangnya.”
Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan perit ketika hendak mati kerana roh sukar untuk keluar.
Ia bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam, antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca ayat al-Quran secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dahulu. Semua upacara itu dilakukan dengan jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk berkenaan.
Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk itu untuk kepentingan dirinya. Saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.
Kebiasaan manusia terbabit menggunakan bantuan jin tersebut untuk pelbagai kepentingan diri seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta, menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk halus itu membantunya bekerja di ladang atau hutan.
Padam ulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka (syaitan/jin) bagi menyesatkan manusia. Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah s.w.t.
Antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal. Situasi yang dahsyat juga berlaku apabila pemilik saka telah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan jasad tuannya.
Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya telah meninggal dunia.
Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.
Syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Iblis berkata: “Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, maka demi (sesungguhnya) aku akan memperdayakan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” – surah al-Hijr ayat:39
Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaanya dengan darah, kemenyan atau sebagainya. Masalah saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik saka meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan. Saka tersebut merewang serta mengganggu dan menyakit ahli keluarga dan orang lain.
Hukum mengguna dan mewarisi saka adalah haram. Sehubungan itu ahli keluarga atau sesiapa jua dilarang menerima warisan saka. Jika telah diganggu saka atau mewarisi saka, usaha perlu dilakukan untuk memutuskan hubungan dengan makhluk tersebut. Carilah mereka yang mengamal kaedah rawatan secara Islam yang benar. Rawatlah dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Semoga kita diselamatkan dari segala bentuk gangguan syaitan dan menjadi hamba Allah s.w.t. yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
Untuk khidmat nasihat dan rawatan, sila hubungi Ustaz Suhaimi : 019-9048006
Written by: admin
Filed Under: Featured, Rawatan Islam, Saka Dan Rawatan
Tags: gangguan saka, rawatan islam, rawatan saka, saka dan keturunan
Trackback URL: http://www.penawar.com/v11/2011/09/18/saka-adalah-gangguan-makhluk-halus/trackback/


