Offline

September 17, 2011

Sihir Pemisah

Ertinya:”Dan mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibaca oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kufur (dengan amalan sihirnya), kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatkan dengan berkata: ‘Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji iman kamu), sebab itu jangan engkau menjadi kafir (dengan memperlajarinya).’ Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua akan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau menbahayakan) dengan sihir itu kepada seseorang pun melainkan dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum yahudi itu) telah mengetahui bahawa seseiapa memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagia yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” – surah al-Baqarah : ayat 102

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir r.a. yang bermaksud:”Sesungguhnya iblis akan meletakkan singgahsananya di atas air kemudian dia mengutus tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di atara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang di antara mereka datang seraya berkata:”Aku telah berbuat begini dan begini.” lalu iblis berkara:”Kamu belum berbuat apa-apa.” Rasulullah s.a.w. bersabda:”Kemudian salah seorang mereka datang seraya berkata:”aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya dari isterinya.” Rasulullah s.a.w. bersabda:”Kemudia iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata:”Ya kamu.” a-A’masy (perawi) berkata: aku melihat Raulullah s.a.w. bersaba:”Kemudian dia menjadi pembantu setianya.” – Hadis riwayat Muslim

Pengertian Sihir Pemisah: Sihir pemisah ialah perbuatan sihir untuk memisahkan di antara pasangan suami isteri atau menimbulkan permusuhan di antara dua sahabat.

Jenis-jenis sihir pemisah:

  • Memisahkan seorang lelaki dengan ibunya.
  • Memisahkan seorang lekaki dengan bapanya.
  • Memisahkan seorang lekai dengan saudaranya.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan sahabatnya.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan rakan kongsinya di dalam perniagaan dan lain-lain.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan isterinya. Jenis inilah yang paling bahaya dan banyak berlaku.

Tujuan ia dilakukan:

  • Menukarkan secara tiba-tiba dari cinta kepada benci.
  • Mendatangkan kebencian antara keduanya.
  • Membangkitkan bermacama-macam kebencian sehingga tiada jalan untuk berbaik semula.
  • Menimbulkan perasaan benci suami-isteri sehingga suami melihat isterinya yang cantik seperti wanita hodoh. Begitu juga dengan isteri. Pada hakikatnya, syaitanlah yang menempel di wajah meraka dengan rupa yang berubah-ubah.
  • Menimbulkan benci di hati mangsanya untuk melakukan pekerjaan.
  • Menimbulkan benci di hati mangsanya untuk memsuki rumahnya sendiri. Setiap kali dia masuk dirasakannya begitu sempit.

Bagaimana sihir ini dilakukan?

Apabila seorang ingin memisahkan orang lain dari ikatan perkahwinan, dia akan mendatangi tukang sihir (bomoh). Tukang sihir akan meminta nama mangsa serta nama ibunya. Dia juga akan meminta barang-barang lain seperti baju dan lain-lain kepunyaan mangsa. Sekiranya dia tidak berjaya menggunakan cara ini, dicubanya cara lain iaitu dengan menggunakan air lalu disuruhnya menuangkannya pada jalan tempat laluan mangsa atau memasukkannya pada minuman atau makan mangsanya.

Untuk khidmat nasihat dan bantuan rawatan sila hubungi Ustaz Suhaimi di 019-9048006

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,969 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>