Offline

September 16, 2011

Mengubati Tabiat Suka Berzina, Minum Arak, Dusta Dan Perangai Buruk Yang Lain

Ertinya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90) Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (91) Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. (92) – Surah al-Maidah : 90 – 92

Insya Allah jika berhasrat untuk menghilangkan tabiat seseorang seperti berzina, minum, berjudi, menagih dadah dan apa-apa yang berkaitan, maka eloklah diamalkan ayat di atas. Bacakan ayat tersebut sebanyak 70x dan ditiupkan kepada air atau makanan. Berilah air dan makanan tersebut kepada pelaku, Insya Allah pelaku tersebut akan meninggalkan perbuatan buruk yang menjadi kegemarannya.

Amal dengan yakin serta dapatkan nasihat dan panduan dalam melakukan amalan tersebut. Kita hanya berusaha, Allah s.w.t sahaja yang berhak menentukan. Jangan putus asa terus berusaha sehingga dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,977 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>