Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
Tanda-tanda Orang
Yang Terkena sihir, Kerasukan Dan Penyakit Ain.
Antara orang yang terkena
sihir, kerasukan dan penyakit 'ain mempunyai
tanda-tanda yang dapat dilihat pada pesakit.
Tanda-tanda yang dapat dilihat pada pesakit
hampir serupa sehingga sukar untuk membezakan
samada orang itu terkena sihir, kerasukan atau
penyakit 'ain. Bagi mengenal pasti seseorang itu
terkena sihir, kerasukan atau penyakit 'ain
tidak semsestinya kesemua tanda ini wujud pada
dirinya. Sungguh pun begitu, perlu diingatkan
bahawa ada sesetengah gejala sama sekali tidak
ada kaitan dengan sihir, kerasukan atau penyakit
'ain tetapi berkaitan dengan emosi atau kejiwaan.
Oleh yang demikian, keadaan
seumpama ini perlu diambil kira dalam melakukan
rawatan. Di antara gejala sihir, kerasukan dan
penyakit 'ain dapat di bahagikan kepada 2
bahagian:
PERTAMA:
Gejala yang menimpa pesakit sebelum rawatan, di
antaranya adalah seperti berikut:
Perubahan mengejut daripada mencintai
sesuatu kepada membencinya atau sebaliknya.
Banyaknya jenis penyakit yang dikesan
tanpa wujud sebab-sebab yang boleh disahkan
oleh alat kedoktoran normal.
Merasa sesak di dalam dada
terlebih-lebih lagi setelah mengerjakan
solat Asar dan solat Maghrib.
Enggan bekerja atau cenderung menjauhi
pergaulan masyarakat atau malas belajar
disertai kecenderungan untuk mengasingkan
diri.
Pesakit sering merasa telah melakukan
sesuatu padahal dia tidak pernah
melakukannya.
Wajah menjadi pucat atau kekuningan atau
muncul kesan lebam pada tubuh yang cenderung
berwarna biru atau coklat tanpa diketahui
puncanya.
Kerap mengalami pening kepala atau demam
panas mengejut.
Kerap menimbulkan pergaduhan di antara
suami-isteri dan hubungan mesra di antara
keduanya sukar diwujudkan. Demikian pula
kerap bergaduh dengan sesama keluarga meski
pun di sebabkan perkara remeh-temeh.
Kerap berkhayal yang bukan-bukan ketika
sedang berjaga.
Malas dan tidak bersemangat, merasa
letih yang berterusan dan selera makan
berkurangan.
Sentiasa merasa kehilangan keseimbangan
ketika berjalan.
Kerap mendengar dengungan pada kedua-dua
telinga atau salah satu dari keduanya.
Rasa sakit di kawasan sekitar rahim bagi
perempuan atau terjadi pendarahan berlebihan
ketika haid atau kerap mengalami istihadah.
Panas baran yang tidak tentu pasal
mesikipun disebabkan oleh perkara
remeh-temeh sekali pun.
Sukakan tidur dan sukar bangun tidur
atau bangkit seketika sudah tidur semula.
Mendengar suara orang memanggil namanya
namun dia tidak melihat orang yang memanggil
namanya itu.
Rasa sakit yang berterusan pada bahagian
bawah atau bahagian tengah tulang belakang
dan rasa sakit di antara kedua bahu.
Kulit sensitif yang disertai dengan rasa
gatal atau muncul bintik-bintik pada
bahagian anggota tubuh.
Cirit-birit, kerap kentut, perut mual,
perut kembnug dan sukar buang air besar.
Kemampuan melihat dengan pandangan mata
semakin lemah dan kerap mengalami rabun
penglihatan secara mengejut.
Bersedih, berduka-cita, suka merenung
bersendirian, cemas, kalut, kerap terkejut
dan perasaan takut yang berlebihan.
Mengalami was-was yang dahsyat di luar
kawalan dirinya (boleh membawa maut
disebabkan tekanan/stress yang
berlebih-lebihan).
fikiran bercelaru dan kerap lupa.
enggan berzikir kepada Allah dan malas
berbuat amal ibadah.
Tercium bau peluh yang tidak seperti
biasanya, tercium bau busuk atau bau aneh
yang kerap tercium oleh pesakit, meskipun
kadang kala tidak tercium oleh orang lain
yang berada di sisinya, disamping kerap
mengeluarkan keringat sejuk dan sering kali
hendak membuang air kecil.
Kekuatan berjimak seorang suami mula
melemah atau isteri kehilangan ghairah untuk
berjimak.
Kerap bermimpi melihat perkara-perkara
yang mengerikan seperti bermimpi melihat
haiwan-haiwan berbisa seperti ular tedung,
anjing, kucing dan lain-lain atau haiwan
yang tidak berbisa seperti unta atau melihat
perkuburan, tempat sampah, jatuh secara
mengejut dari tempat yang tinggi, tenggelam
ke dalam air dan mimpi-mimpi lain yang
mengerikan.
Kerap mengigau ketika sedang tidur,
sering melagakan giginya dengan suara kuat
ketika tidur, sentiasa mengeluh atau
merintih ketika sedang tidur.
Sentiasa atau selalu ditindih oleh objek
berat ketika sedang tidur.
Kerap bangkit berjalan ketika tidur,
bangkit dari tdur tanpa hala tuju atau
sering bercakap yang bukan-bukan ketika
tidur.
KEDUA: Gejala-gejala yang kadang kala
dialami oleh pesakit ketika dirawat dengan
ayat-ayat ruqyah, di antaranya adalah seperti
berikut:
Pengsan atau berpeluh dingin.
Sesak nafas.
Kelopak mata bergerak-gerak dengan cepat
di luar kesedarannya.
Memekik dengan suara yang kuat.
Perut membunyut atau perut menjadi
kembung.
Suara mengalami perubahan atau kelaur
suara aneh yang tidak seperti biasanya.
Urat leher tiba-tiba membengkak.
Mengamuk yang teramat sangat atau tidur
secara tiba-tiba.
Tertawa atau menangis tanpa sebab-sebab
tertentu.
Merasa pening, kepala terasa sakit,
hendak muntah atau mengelurkan objek-objek
tidak seperti biasanyadari segi bentuk
mahupun warnanya.
Rasa pening teramat sangat.
Merasa berat pada bahagian anggota badan,
merasa lenguh, suhu bandan yang secara
tiba-tiba panas atau secara tiba-tiba
menjadi sejuk.
Merasa bahawa ada sesuatu yang menarik
salah satu anggota tubuhnya.
Merasa sakit hampir seluruh tubuh.
Anggota tubuh bergerak dan bergetar di
luar kawalan.
Banyak mengeluarkan kahak.
Penglihatan mata tiba-tiba berubah
menjadi rabun.
Bercakap tanpa dia sedari.
Banyak mengeluarkan peluh, lelbih-lebih
ladi di kawasan tulang belakang.
Air mata kerap berjatuhan atau hingus
mengalir yang tidak seperti biasanya seperti
selsema atau lain-lain.
Kerap menguap atau tidak selesa duduk di
suatu tempat.
Gatal-gatal, muncul bintik-bintik di
tubuh atau warna kulit menjadi merah.
Merasa berat ketika membaca atau tidak
minat menruskan bacaan ruqyah syar'iyyah.
Menggigil secara mengejut dan boleh
dirasakan hampir di seluruh tubuh.
Kerap tidak sedarkan diri atau suara
pernafasan terdengar kuat tidak seperti
biasanya.
Wajah berubah menjadi hitam, namun
ketika sebaik sahaja bacaan ruqyah selesai,
wajahnya kembali bersinar.
Tercium bau yang teramat busuk yang
keluar dari dalam perut menerusi mulut
pesakit.
Denyutan janutng yang begitu cepat
disertai getaran pada dada yang tidak
menentu.
Kerap memejamkan mata atau mata sukar
dipejamkan.
Lidah tersa pahit ketika meminum air
yang dibacakan padanya ayat-ayat suci al-Quran
semasa ruqyah dibuat.
Untuk 'scan'
samada anda mengalami sebarang masalah sila
mainkan video di bawah: