|
Takrif Dan
Pengertian Sihir: |
|
|
|
Syeikh al-Zahri
menafsirkan sihir sebagai berikut: "Sihir ialah
amal perbuatan yang dilakukan dengan cara
mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta
tolong kepadanya." |
|
|
|
Pengertian asal
kalimat 'sihir' itu sendiri ialah 'memalingkan sesuatu
dari hakikatnya kepada selainnya.' Maka, orang yang kena
sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan
membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya. |
|
|
|
Pendapat Ibnu
Qadamah: 'Sihir ialah ikatan, jampi dan perktaan yang
diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang
mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang
yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa
menyentuhnya secara langsung.' |
|
|
|
Cara Tukang Sihir
Mendekati Syaitan: |
| |
|
Sesetengah tukang
ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk
masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-quran
dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah
haid. |
|
|
|
Ada yang menulis
sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis
al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan
berakhir di awalnya, hingga rosak ayat tersebut.Ada yang
solat tanpa wudhuk atau dalam keadaan berjunub. Ada pula
yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama
Allah s.w.t. pada waktu menyembelih kemudian
membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang
telah ditentukan oleh syaitan. |
|
|
|
Justeru, sejauh
mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu
pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat
melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak
mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh
syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi
khadamnya. |
|
|
|
Kesimpulannya ialah
bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang
bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t. |
|
|
|
Jika kita
perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan
kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam. |
|
|
|
Sekiranya anda
berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka
anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam
sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai
bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia
tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam
tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah
syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan
isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan
mereka. Maha Benar allah yang berfirman:"Dan sesiapa
yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya
penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami
himpunkan dia dalam keadaan buta." |
|
|
|
Jenis-jenis Sihir: |
|
|
|
1. Patung-Tukang
sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati
daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan
sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya
patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama
jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan
dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa
maut. |
|
|
|
2. Santau-Nama
ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu.
Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang
ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan
atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu
oleh tukang sihir. |
|
|
|
3. Telur Layang-Tukang
sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi
yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang
jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi
mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta
boleh membawa maut. |
|
|
|
4. Tangkal Dan
Azimat-Tukang
sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok
kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak
za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah
seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau
darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi
diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam
jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya. |
|
|
|
5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang-Sihir
pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau
suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh
dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat
jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya
dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi
tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. |
|
|
|
Teknik Merawat Orang Yang Kena Sihir: |
|
|
|
Firman Allah s.w.t. : |
|
 |
|
Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud
'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (ubat
spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan
kejahatan. Ada juga mengatakan syifa' maknawi sekaligus
sebagai syifa' hissi (ubat fizikal). |
|
|
|
Dalam hadis yang diriwayatkan dari
A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya
ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan
dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda
kepadanya:" Ubatilah dengan kitab Allah.' |
|
|
|
Dari hadis di atas dapat diperhatikan
Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda
tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah
tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa al-Quran
seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat). |
|
|
|
Pengertian Ruqyah: |
|
|
|
Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi
atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah)
adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk
mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau
sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan
HANYA
menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang
bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat
difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur
kesyirikan. |
|
|
|
Jenis-jenis Sihir: |
|
|
|
1.Sihir Pemisah |
|
|
|
Takrif: Sihir pemisah
ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan
suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan
permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan
kongsi. |
|
|
|
Jenis-jenis Sihir Pemisah: |
|
|
-
Memutuskan hubungan antara
seseorang dengan ibunya.
-
Memutuskan hubungan antara seseorang dengan
ayahnya.
-
Memutuskan hubungan antara seseorang dengan
saudaranya.
-
Memutuskan hubungan antara seseorang dengan
kawannya.
-
Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya
dalam perniagaan atau seumpamnya.
-
Memisahkan hubungan antara seorang suami
dengan isterinya. Inilah jenis yang paling
bahaya dan paling banyak berlaku di dalam
masyarakat.
|