SEARCH

 
 
 
   
   
 
 
 

MENU

 
  Mukaddimah  
  Jadual Rawatan  
  Penyakit Misteri  
  Sihir Dan Rawatan  
  Santau  
  Terapi Cerdas Minda  
  Terapi Pembersihan Jiwa  
  Saka  
  Angkara Saka  
  Diganggu Saka  
  Rawatan Saka  
  Mengenali Jin  
  Kerasukan  
  Amalan Kerezekian  
  Asma Al-Husna  
  Amalan Asas  
  Ayat Manzil  
  Ayat Munjiyat  
  Ayat Syifa'  
  Artikel  
  Hubungi Kami  
 

HEALTH INFO

 
  Acne  
  Allergy  
  Alzheimer  
  Amino Acids  
  Arthritis  
  Breast Cancer  
  Cataract  
  Lecithin  
  Medical News Today  
  Medical Articles  
 

BANTUAN ONLINE

 
     
 

 
     

 

     
 

 
 

Ustaz Suhaimi

 
 

012 -9378349

 
     
     
 

 
     
 

HOT DEALS

 
     
 

 

 
 

Bio Aura Hi-Tech Water System

 
 

TERAPI PEMBERSIHAN

 
     
 

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan

 
 

KLIK DI SINI

 
     
 

BUANG SAKA

 
 

 

 
 

Hidup dibelenggu masalah akibat gangguan saka! Ketahui maklumat berkenaan saka dan berikhtiarlah untuk menghindarinya! Untuk info sila klik di sini.

 
     
 

TERAPI MINDA

 
 

 

 
 

 
 

Terapi Minda untuk meningkatkan keupayaan dan kecerdasan minda serta membantu merubah perkara negatif dalam diri.

 
 

Klik Di Sini

 
 

 

 
 

 

 
 

 

 
 

 
 

"Rawatan melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna - Insya Allah berkesan untuk segala penyakit dan masalah! Berilah peluang untuk diri anda mendapat manfaatnya!"

 
     
 

WEBSITE & BLOG

 
   Asrina.com  
   UsahawanDigital.com  
   Greatsite2u.com  
   MaklumatOnline.com  
   KerjaSendiri.com  
     
 

 

 
 
 

 

page hit
counter
 
 
 

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

BERSAMA DEMC: SAKIT BELAKANG SELEPAS BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

 
Bersama DEMC: Sakit belakang selepas bersalin secara pembedahan
 

 
Soalan:
 

SAYA bersalin secara pembedahan kerana kandungan songsang dan uri berada di bawah. Kini anak saya berumur setahun lima bulan. Selepas pembedahan itu, saya selalu sakit belakang terutama pada pinggul dan sakitnya seperti orang hendak bersalin. Bila saya buat kerja berat seperti mengalih sofa pasti akan berasa sakit. Saya ingin tahu kenapa masalah itu boleh berlaku? Adakah kerana suntikan bius ketika bersalin? Sebelum ini saya boleh melakukan kerja sedemikian tetapi selepas bersalin, saya kurang berupaya.

 
Azmah.
 
Jawapan:
 
Masalah sakit belakang adalah satu gejala biasa sama ada selepas atau sebelum bersalin. Ramai wanita lupa bahawa mereka memang sedia ada atau pernah mengalami sakit belakang sebelum melahirkan anak.
 
Oleh itu, banyak kajian dilakukan untuk mengenalpasti keadaan ini. Apakah sebenarnya kaitan antara suntikan epidural dengan kesakitan belakang yang kronik?
 
Kira-kira 14 peratus wanita mengeluh mendapat sakit belakang kronik selepas bius epidural. Bagaimanapun, senario itu wujud di kalangan wanita yang mendapat suntikan epidural untuk menahan sakit bersalin dan bukan bius untuk pembedahan. Namun, posisi untuk bersalin berbeza dengan puan yang melalui proses pembedahan.
 
Apa yang boleh dikaitkan dengan proses bius ketika bersalin secara pembedahan adalah ketika sesi bius itu, ia menahan proses sensasi motor dan ini mungkin menyebabkan kedudukan atau posisi puan ketika proses atau selepas pembedahan dalam keadaan yang boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik.
 
Saya ingin bertanya adakah puan pernah melakukan kerja berat seperti mengangkat sofa atau kelengkapan rumah yang lain sebelum itu? Jika ya, ini mungkin menjadi penyebab untuk sesiapa juga mendapat sakit belakang. Ada kala, gaya struktur tubuh ketika mengangkat barang boleh menjejaskan otot tulang belakang. Ini boleh menjadi faktor penyebab sakit belakang.
 
Amat digalakkan ketika mengangkat barang, mendukung bayi atau mengambil benda dari lantai hendaklah membengkokkan lutut dan mengangkat barang dengan keadaan belakang tegak dan tidak menunduk. Ramai mendapat sakit belakang kerana cara posisi memegang dan mengangkat barang dalam keadaan yang salah.
 
Nasihat saya, puan perlu dapat menjalani proses terapi untuk melegakan sakit belakang dengan membuat senaman untuk menguatkan otot belakang serta mempraktikkan mengangkat barang dengan posisi yang sesuai. Memang senang menyalahkan bius sebagai punca sakit, sedangkan cara duduk, berdiri atau mengangkat barang yang salah adalah berpunca daripada diri kita sendiri.
 
Disediakan oleh:
Dr Fairuz A’shikin Abd Kadir
Pakar Perbidanan & Sakit Puan
Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam
 
Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan anda kepada “Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.
 
 
 

Insya allah kami ada kaedah Terapi Al-Quran dan Asma al-Husna yang boleh membantu memulihkan urat saraf dan seterusnya mengatasi masalah sakit belakang!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     
 

Rawatan Luar Kawasan: Sila hubungi 012-9378349 untuk temu janji.

 
     
 
 

Copyright © 2005 - 2008 Penawar.com  All Rights Reserved.

This is Personal Website. The Information in this website is for reference only.
Cannot be use for other purpose. Thank you.