Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil
menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada
golongan wanita).
Mimpi melihat salib atau gereja.
Mimpi bertemu paderi.
Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala pada waktu jaga:
Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak
dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit
misteri.
Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah
berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila
digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu
isim maf'ul.
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor
tidak berupaya mengubatinya.
Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang
belakang.
Lenguh di sendi-sndi utama.
Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya
doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat
kanser berpunca daripada jin.
Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak
kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan
sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk
meneruskan kehidupan.
Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.
Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.
Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti
pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain
tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana
menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit
aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga
berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser
mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang
suka hidup bermasyarakat.
Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata
orang.
Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui
oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah
bisikan iblis dan jin.
Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa
banyak menangis semasa kecil dan semasa besar
berperangai dengan perangai yang buruk.
Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu
bapa dan orang lebih tua.
Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu
dalam keadaan tegang.
Ada 2 kaedah rawatan yang kami jalankan:
Rawatan untuk
seluruh keluarga
yang mempunyai
saka.
Rawatan secara
individu yang
diganggu saka.
1. Rawatan
Seluruh Ahli Keluarga Yang Ada Saka:
Ini adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan
saka keluarga terbabit.
Rawatan ini membabitkan semua ahli keluarga samada
yang telah diganggu saka dan ahli keluarga yang
belum diganggu saka terbabit. (Pembersihan dan
pencegahan).
Ini memerlukan komitmen (kerjasama) dari seluruh
ahli keluarga bermula dari datuk, nenek, anak-anak
dan cucu-cicitnya (pernah kami buang saka bagi
keluarga yang besar jumlahnya iaitu hampir 100 orang!
InsyaAllah rawatan ini dapat menghapuskan saka
secara keseluruhannya
2. Terapi Secara
Individu Yang Diganggu Saka:
Rawatan ini khusus untuk individu yang diganggu
saka.
Proses ini sebenarnya lebih sukar kerana saka
biasanya bukan hanya ada pada seorang individu
dalam keluarga tersebut.
Kaedah ini adalah bagi mereka yang sukar untuk
mengumpulkan ahli keluarga untuk buang saka -
ini adalah masalah biasa (ada kalangan keluarga
yang enggan atau tidak percaya disebabkan tidak
ada mengalami sebarang sakit).
Untuk rawatan individu, saka yang menggangu
individu terbabit dihapuskan.
Amalan khusus berserta
dibekalkan
untuk mengekalkan dan mengelak dari gangguan (saka
yang berada di samping ahli keluarga yang lain
masih ada, ianya berpotensi untuk datang
mengganggu).
Untuk maklumat lanjut serta rawatan saka sila
hubungi
019-9048006
dan bercakap dengan Ustaz Suhaimi