| |
|
|
| |
 |
|
| |
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60) |
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai. |
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
 |
|
| |
Saka adalah jin yang telah
berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian
lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut.
Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau
tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.
Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu
mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin
dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa
diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut
sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang
dikehendaki. |
|
| |
|
|
| |
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka
apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa
mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela
jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai
nama. |
|
| |
|
|
| |
Nama-nama seperti hantu raya, pelesit,
pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di
kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya
adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali
dengan nama jin dan syaitan. |
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
Persahabatan antara jin dan manusia
dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran.
Firman Allah s.w.t.: |
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
Ertinya: |
|
| |
|
|
| |
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki
dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada
beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu
menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah
al-Jin: 6 |
|
| |
|
|
| |
Jin yang dijadikan khadam inilah
akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak
dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai
pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah
dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan
mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
|
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
Terdapat pertalian yang erat antara
jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta
peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka. |
|
| |
|
|
| |
Dalilnya: |
|
| |
|
|
| |
Dari Abu Tha'labah berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: |
|
| |
 |
|
| |
Ertinya: |
|
| |
"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu
jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara,
satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing
dan satu jenis yang berpindah-randah." |
|
| |
|
|
| |
Jin yang berpindah-randah seperti
yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang
menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu
berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan
di bawahnya. |
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
Secara umumnya orang yang memiliki
saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang
sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang
meragukan dari sudut syariat, antaranya: |
|
| |
|
|
| |
1. Kebanyakkan
mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui
kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut
memasuki tubuh orang yang mempunyai saka
tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para
wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh
Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi,
Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya.
Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang
daripada saka.
2. Pembawa
saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang
mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh
menggugurkan syahadah dan iman.
3. Pembawa
saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng
langsung tidak dapat difahami.
4. Pengamal
perubatan yang kebolehannya datang dari saka
selalunya sering melakukan perkara yang
bertentangan dengan syariat.
5. Ada
di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan
mengubat melalui mimpi tanpa
belajar. |
|
| |
 |
|
| |
Saka berpindah sebaik sahaja
pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang
yang membuat perjanjian dengan jin tersebut
meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal
dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela
maka ia mencari perumah/pembela baru dari
kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu
tadi. |
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
Berikut adalah kronologi bagaiman jin
saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut: |
|
| |
|
|
| |
-
Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati;
jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya.
Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek
moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya
seperti manusia.
-
Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin
tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti
layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia
berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya
yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang
ternyata lebih panjang dari unsur manusia.
|
|
| |
Firman Allah s.w.t.: |
|
| |
 |
|
| |
Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya
sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya
kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis
menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat,
saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan
Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16 |
|
| |
|
|
| |
-
Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak
cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin
tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada
mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari
si mati. -
Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada
warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan
mana-mana barang tinggalan si mati. -
Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara
pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang
harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya
orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka
tadi. -
Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang
yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu
serumah denganngya.
|
|
| |
 |
|
| |
-
Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya. -
Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar
peraturan agama. -
Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib
seperti solat dan puasa. -
Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya
kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya
orang yang taat berjaya disesatkan. -
Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini
akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan
mangsanya. -
Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang
dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini
diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan
bantal. -
Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan
pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun
dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.
|
|
| |
 |
|
| |
Gejala pada waktu tidur: |
|
| |
|
|
| |
-
Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah
besusah payah.
-
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas
dan takut.
-
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi
melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit
meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar.
Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
-
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
-
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta,
ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi
dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah
pun masuk ke dalam jasadnya.
-
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang
tidur.
-
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-
Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan
perkuburan.
-
Mimpi berada di tempat sunyi.
-
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa
yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
|
|
| |
 |
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
|
|
| |
| |
|
|
|
|
|
|
| |
 |
|
 |
|
 |
|
| |
Semenanjung |
|
Sabah &
Sarawak |
|
Singapore
& Brunei |
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|