Adalah tidak memadai anda
menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal,
jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan
syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi
setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan.
Namun di samping amal ibadat harian yang kita
kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk
mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari
berluangnya serangan atau gangguan jin dan
syaitan. KINI pencarian anda dipermudahkan,
telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan
pelindung diri). Anda boleh dapatkannya mulai
sekarang!
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan
"Rawatan
melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna
- Insya Allah berkesan untuk segala
penyakit dan masalah! Berilah peluang
untuk diri anda mendapat manfaatnya!"
PELAWAT
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
RISIKO TEKANAN DARAH TINGGI
Secara amnya, tekanan darah
tinggi dikelaskan mengikut penyebabnya. Tekanan
darah tinggi yang tidak diketahui punca
penyebabnya dikenali sebagai hipertensi primer.
Tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh
penyakit lan dikenali sebagai hipertensi
sekunder.
Dalam hipertensi primer, faktor-faktor risikonya
adalah seperti berikut:
Sejarah hipertensi dalam keluarga
Kegemukan
Pengambilan garam dan alkohol melampau
Merokok
Tekanan melampau
Dalam hipertensi sekunder,
peningkatan tekanan darah adalah disebabkan oleh
punca-punca atau penyakit-penyakit lain seperti
berikut:
Penyakit-penyakit ginjal
Penyakit-penyakit endoktrin
Disebabkan pegambilan ubat
Kecacatan kelahiran
Punca-punca lain
Gejala-gejala:
Biasanya bagi hipertensi primer,
tidak ada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah
komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk
mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa
tekanan darah. Jika mendapati diri mengalami
gejala-gejala berikut, segeralah berjumpa doktor
bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
ekanan distolik melebihi 90 mmHg
Pembengkakan pada pergelangan kaki atau
jari
Tercungap=cungap
Pandangan yang kabur
Pendarahan di hidung yangsering berulang
Sakit kepala yang berterusan
Pening
Komplikasi:
Hipertensi akan mengakibatkan
bebanan pada organ-organ dalam badan dan boleh
menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi
akibat tekanan darah tinggi adalah seperti
berikut:
Otak
Serangan strok atau stroke ringan dan
sementara (Transient Ischaemic Attack)
Penyakit jantung seperti Coronary Heart
Disease, Congestive Heart Failure dan Left
Ventricular Hypertrophy
Komplikasi pada mata
Pendarahan dan kerosakan kepada kawasan
yang sensitif dalam mata
Keadaan yang dikenali sebagai
Hypertensive Retinopathy
Komplikasi pada buah pinggang
Kegagalan fungsi buah pinggang (paras
serum kreatini tinggi, Microalbuminuria,
Proteinuria)