|
ANDA batuk, kerap bersin,
tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula
rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda
demam. |
|
|
|
Apabila ubat-ubatan yang
diambil tidak meredakan gejala-gejala demam
biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan
sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka. |
|
|
|
Selepas doktor mendengar
sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi
dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian
sinus, anda disahkan menghidap penyakit
sinusitis. |
|
|
|
Di kalangan masyarakat
setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan
sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara
ini. |
|
|
|
Ringkasnya, resdung
menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak
ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap
tekak, peti suara serta telinga tengah. |
|
|
|
"Salah satu punca resdung
adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke
atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang
dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung
dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr.
Amir Izwan Mohamed Dahan |
|
|
|
Menurutnya, sinus sebenarnya
adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang
bersambung ke hidung melalui saluran-saluran
yang sangat kecil. |
|
|
|
Sinus terletak pada bahagian
muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata,
hanya sedikit di belakang hidung dan turut
meliputi bahagian dahi seseorang. |
|
|
|
Ia terbahagi kepada empat;
masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal,
sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. |
|
|
|
Fungsi sebenar sinus tidak
diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori
mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak
selain turut memainkan peranan dalam degungan
suara. |
|
|
|
"Biasanya lendir dihasilkan
oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan
disalirkan ke dalam hidung. |
|
|
|
"Jika saluran daripada sinus
ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga
sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi
kuman bakteria,'' katanya. |
|
|
|
Dr. Amir Izwan yang juga
pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan
di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan
salur sinus ini tersumbat. |
|
|
|
Salah satu punca utama
bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung
disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak
berleluasa dalam masyarakat kita. |
|
|
|
Mengulas lanjut, resdung
boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut
halus silia di dalam sinus yang sepatutnya
membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan
tugasnya. |
|
|
Aktiviti
menyelam
ataupun
berenang
merupakan
antara
beberapa
faktor yang
boleh
meningkatkan
risiko
resdung
selain asap
rokok yang
dikenal
pasti
sebagai
pencetus
radang
hidung.
|
|
|
|
Oleh itu, adalah sangat
penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam
persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit
resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat
yang seumpamanya. |
|
|
|
Katanya, apabila gejala
resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari
hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan
sebagai akut. |
|
|
|
Resdung akut kadangkala
adalah penyebab demam, terutamanya yang
berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari. |
|
|
|
"Asalnya, virus-virus yang
menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan
dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan
menyempit. |
|
|
|
``Badan juga bertindak balas
terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak
mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan
nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,''
kata Dr. Amir Izwan. |
|
|
|
Demam yang mula kebah tetapi
kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian
tanda-tanda resdung akut. |
|
|
|
Di samping itu, kesakitan di
dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda
mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud
juga boleh menjadi petanda. |
|
|
|
Ditanya bagaimanakah caranya
untuk membezakan di antara resdung, demam
selesema biasa dan alahan hidung memandangkan
ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling
bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan: |
|
|
-
Jika
pesakit
demam dan
mempunyai
gejala
berkaitan
hidung
seperti
sakit muka
dan hidung,
keluar nanah
berwarna
kuning atau
hijau
daripada
hidung atau
kahak warna
sama pada
sebelah pagi,
itu resdung.
-
Apabila
gejala-gejalanya
berlaku
lebih kerap
ataupun
jangkitan
berpanjangan
lebih
daripada
tiga bulan,
resdung akut
boleh
menjadi
kronik.
-
Gejalanya
mungkin
tidak
seteruk
resdung akut
namun, jika
tidak
dirawat
boleh
menyebabkan
kerosakan
kepada sinus
dan tulang
pipi
sehingga
memerlukan
pembedahan,''
katanya.
-
Walaupun
resdung
tidak boleh
menjadi
kanser
sehingga
menyebabkan
hidung
rompong
tetapi
sebaliknya
kanser boleh
memperlihatkan
gejala-gejala
seperti
penyakit itu.
|
|
Sekiranya
dibiarkan
tanpa
rawatan,
resdung
boleh
mengakibatkan
maut tidak
langsung
yang
disebabkan
oleh
komplikasi
pada otak
pesakit. |
|
|
|
Serangan
resdung
berulang-ulang
juga boleh
berlaku.
Pesakit
selalunya
diberikan
rawatan
antibiotik
untuk
menyembuhkannya
tetapi
penyakit
datang
semula
sebulan dua
kemudian. |
|
|
|
Puncanya
mungkin
disebabkan
oleh faktor
penyebab
penyakit ini
yang tidak
dirawat
sepenuhnya,
lazimnya
susunan
tulang
dalaman
sinus yang
tidak normal
dan sempit.
Dalam
kes-kes
begini,
pembedahan
endoskopi
dilakukan. |
|
|
|
Sekiranya
gejala
resdung
masih
berterusan,
kaedah baru
ini akan
dilakukan di
mana
rongga-rongga
sinus
terlibat
akan dibuka
menggunakan
alat-alat
khas di
bawah
penglihatan
kamera skop. |
|
|
|
Pembedahan
sinus
endoskopi
ini sama
sekali tidak
memerlukan
belahan pada
kulit kerana
segala
prosedurnya
dilakukan di
dalam rongga
hidung. |
|
|
|
Ini
berbeza dari
kaedah lama
pembedahan
di mana
belahan
terpaksa
dibuat di
sekeliling
kawasan
hidung. |
|
|
|
Pun
begitu,
gejala
alahan
hidung masih
boleh
terjadi
selepas
pembedahan
dan hanya
dapat
dikawal
melalui
penggunaan
ubat-ubatan. |
|
|
|
Justeru,
adalah
sangat
penting bagi
para pesakit
untuk
mengekalkan
pengambilan
ubat-ubatan
antialahan
selepas
pembedahan,''
kata Dr.
Amir Izwan. |
|
|
|
Tambahnya,
cara terbaik
untuk
mencegah
serangan
resdung
ialah dengan
merawat
gejala-gejala
hidung
dengan
segera
sebelum ia
melarat. |
|
|
|
Gejala
resdung: |
|
|
-
Hidung
tersumbat
-
Lendir
daripada
hidung dan
tekak
-
Muka
berasa sakit
dan berat
terutamanya
pada
bahagian
antara mata
-
Sakit
tekak
berpanjangan
dan
berulang-ulang
-
Demam
atau rasa
tidak sedap
badan yang
berpanjangan
akibat
gejala di
atas
-
Gejala
alahan
hidung
seperti
bersin,
gatal hidung
dan
sebagainya.
|
|
Punca
resdung: |
|
|
-
Susunan
tulang
dalaman
hidung yang
sempit
-
Hidung
bengkok
-
Mandi
dan terjun
di dalam air
yang kotor
-
Jangkitan
gigi atas
-
Ketumbuhan
di dalam
hidung
-
Objek
dimasukkan
ke dalam
hidung,
contohnya
putik kapas,
maik dan
kertas
-
Tisu
belakang
hidung yang
bengkak
terutamanya
kanak-kanak.
|
|
Komplikasi
resdung: |
|
|
-
Jangkitan
nanah di
sekeliling
kawasan mata
-
Jangkitan
otak
(meningitis)
-
Sakit
tekak yang
kronik
-
Jangkitan
tulang muka
-
Memburukkan
keadaan
lelah
-
Berdengkur
yang kronik
-
Jangkitan
telinga dan
tonsil,
terutamanya
kanak-kanak
-
Alahan
hidung atau
hidung
sensitif
-
Selesema
biasa yang
melarat.
|
|
Diagnosis: |
|
|
-
Skop
hidung untuk
melihat
punca
resdung
-
Skan CT
hidung dan
sinus untuk
melihat
rongga-rongga
yang
terlibat dan
kawasan
putih
menandakan
lendir atau
dipenuhi
nanah
|
|
Rawatan: |
|
|
|
Berdasarkan
gejala
pesakit dan
hasil
diagnosis,
rawatan
bersesuaian
akan
disyorkan. |
|
|
-
Antibiotik
(10 hingga
14 hari bagi
resdung
akut)
-
Ubat
selesema
-
Dekongestan;
ubat titis
atau
semburan
hidung
-
Pembedahan
hanya akan
dipertimbangkan
setelah
rawatan-rawatan
lain tidak
berkesan
ataupun jika
ada sesuatu
yang
menghalang
sinus dan ia
tidak dapat
disembuhkan
dengan
ubat-ubatan.
|
|
Tip
menguruskan
resdung: |
|
|
-
Bagi
pesakit yang
mempunyai
alahan
hidung
disarankan
agar tidak
menyapu
rumah tetapi
menggunakan
vakum atau
mop
-
Elakkan
makanan yang
boleh
menyebabkan
alahan
-
Setiap
individu
alah kepada
makanan yang
berlainan
terutamanya
ramai orang
yang tidak
boleh
memakan
makanan laut
yang kaya
protein atau
belacan
-
Banyakkan
berehat.
Berbaringlah
menggunakan
bahagian
badan yang
membuatkan
anda
bernafas
dengan lebih
baik kerana
ia berupaya
melegakan
resdung
-
Banyakkan
berehat.
Berbaringlah
menggunakan
bahagian
badan yang
membuatkan
anda
bernafas
dengan lebih
baik kerana
ia berupaya
melegakan
resdung
-
Hirup
sup atau
cecair yang
panas dan
minum banyak
air
-
Lap muka anda
dengan
menggunakan
tuala yang
dibasahkan
dengan air
suam ataupun
melakukan
pernafasan
wap
-
Jangan
menggunakan
semburan
hidung
dekongestan
lebih dari
tujuh hari.
Jika tidak,
bengkak di
dalam sinus
akan menjadi
lebih teruk
selepas anda
memberhentikan
penggunaannya
-
Bilas
saluran
sinus
menggunakan
larutan
salina yang
boleh
didapati di
farmasi
-
Anda
juga boleh
menggunakan
ubat-ubatan
seperti
acetaminophen
dan
parasetamol
untuk
merawat
kesakitan
-
Berbincanglah
dengan
doktor anda
sebelum
mengambil
ubat demam
kerana
sesetengahnya
boleh
memburukkan
gejala
resdung
ataupun
menimbulkan
lain-lain
masalah.
|