Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
Tanda-tanda penyakit misteri:
Malas melakukan rutin dan amalan harian
seperti berkerja, belajar, solat, zikir,
tilawah Quran dan sebagainya
Gangguan ketika melakukan ibadah harian
seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu
dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
Kehilangan minat atau semangat secara
tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk
seks.
Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari
tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing
hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau
binatang berbisa.
Berdebar-debar terutama menjelang malam.
Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur,
terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas,
terasa ditindih hingga sukar bernafas dan
bersuara.
Sering mengantuk tidak mengira masa.
Hilang selera makan dan berat badan.
Suka menyendiri, kerap termenung, rasa
gelisah, sedih dan kekosongan.
Kerap migrain, pening kepala, selesema yang
berpanjangan, gastrik atau sakit kronik
tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan
doktor.
Letih luar biasa.
Daya tumpuan merosot.
Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna
dan terasa ingin mati.
Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis
atau lengan.
Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara
tiba-tiba.
Hilang kawalan diri pada waktu-waktu
tertentu seperti pengsan, histeria atau
tidak sedarkan diri.
Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan
atau perut.
Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu
yang pelik.
Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang
menakutkan.
Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
Badan merasa tidak selesa seperti takut atau
seram sejuk semasa dalam rumah.
Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala
jengking atau ular di dalam rumah.
Kerap terhidu bau busuk seperti darah,
kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala
bau wangi atau pertukaran antara bau busuk
dan wangi.
Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan
ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit
selalu.
Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala
seperti gelisah atau ternampak sesuatu.