Tel: 012-9378349

 
     
 

 
     
 

 
     
   
     
 
 
 
 
     
     
   
   
     
   
 

 

 
 

 

 
 

Adalah tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya. Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Sila klik di sini untuk info lanjut.

 
     
     
   
 

 

 
 

 
 

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan! Sila klik di sini  untuk info lanjut.

 
     
     
   
 

 

 
 

 
     
 

 

 
   
 

 

 
 

 
     
 

 

 
   
 

 

 
 

Jika info di laman ini memberi faedah kepada anda, berilah sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk kesinambungan laman ini. Terima kasih.

 
     
 

 
     
 

 
     
     
     
 

 
     
     
   
 

 

 
     
     
     
     
 

 
 

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

 
     
     
     
 

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

 
     
     
   
     
 

Pengertian Doa, Selawat, Zikir dan Hizib

 
     
 

Secara bahasa doa mempunyai pengertian menyeru, meminta dan mendakwa. Adapun menurut istilah berdoa mempunyai maksud: 'Memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dengan menggunakan bahasa yang diperbolehkan dan adab-adab yang baik sesuai dengan ketentuan syarak.'

 

Dengan demikian tidak diambilkira sebagai doa sekiranya ada orang yang memohon kepada Allah s.w.t. dengan menggunakan bahasa-bahasa yang bercanggah dengan syarak, contohnya dengan menyeru nama-nama Jin atau nama-nama makhluk. Bagaimanapun adalah diharuskan untuk berdoa dengan apa bahasa pun, asalkan tidak mengandungi unsur-unsur syirik yakni menduakan Allah s.w.t.

 

Adapun selawat pula secara bahasa bererti kesejahteraan. Menurut istilah pula selawat adalah mememohonkan kesejahteraan dan keselamatan kepada Allah s.w.t. ke atas junjungan dan penghulu sekalian makhluk iaitu Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w. Biasanya selawat ini juga diiringi ke atas para keluarga, sahabat dan seluruh pengikut Baginda s.a.w.

 

Zikir menurut bahasa bererti mengingati. Menurut istilah pula, zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.

 

Hizib pula menurut bahasa bermakna bahagian, golongan, pertolongan, wirid dan senjata. Menurut istilah pula hizib boleh diertikan beberapa bacaan wirid yang merupakan sebahagian doa untuk diamalkan oleh kaum muslimin sebagai senjata atau pendinding diri dari berbagai kejahatan samada yang datang dari manusia, jin syaitan atau makhluk lain.

 

Dengan demikian sebenarnya antara doa, selawat, zikir dan hizib adalah mempunyai hubungkait yang rapat di antara satu sama lain. Semua itu adalah salah satu bentuk ikhtiar atau usaha manusia agar sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan sejahtera di bawah naungan Allah s.w.t. dengan cara-carayang diredhai.

 

Sesungguhnya Allah s.wt. telah menyuruh hamba-Nya agar memohon sesuatu kepada-Nya. Hal ini dinyatakan dalam beberapa ayat al-quran yang antara lainnya ialah:

 
     
 

 
 

Pada ayat di atas selain Allah s.w.t. sememangnya memerintahkan agar manusia sentiasa berdoa kepadaNya dalam apa jua keadaan, maka ianya juga mencela ke atas orang-orang yang enggan meminta dan berdoa kepadaNya dengan menyifatkan mereka sebagai orang-orang yang sombong. Adalah sangat tepat jika ayat di atas juga dijadikan iktibar sekranya manusia ini menyedari segala kelemahan dan kekurangan dirinya. Seterusnya dijadikan sebagai galakan agar lebih rajin berdoa dan memohon sesuatu kepada Allah s.w.t.

 
 
 

 
     
 

Pada ayat di atas Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia berdoa dan diikuti dengan seruan beriman kepadaNya. ini menunjukkan bahawasalah satu syarat akan dikabulkan sesuatu doa itu adalah beriman dan meyakini bahawa Allah s.w.t. adalah Zat Yang Maha Mengabulkan doa dan manusia adalah makhluk yang sangat daif dan sentiasa memerlukan bantuan.

 

Bagaimanapun kerana Allah s.w.t. adalah mempunyai sifat ar-Rahman dan ar-Rahim, yang bermaksud allah s.w.t. Maha Mengasihani seluruh makhluk di dunia dan hanya mengasihi dan merahmati hambaNya yang beriman di akhirat kelak, maka kita dapati ramai manusia yang tidak beriman dan bahkan menjadi musuh Allah s.w.t. juga masih tetap mendapat kasih sayang Allah s.w.t di dunia seperti nikmat sihat dan kekayaan.

 
     
 

 
     
 

Kita lihat pada ayat di atas bahawa Allah s.w.t. sangat tidak menyukai manusia yang enggan berdoa kepadaNya dan bahkan Dia (Allah s.w.t.) sangat marah kepada mereka kerana disifatkan sebagai menyalahi perintahNya yang akan membawa turunnya azab ke atas manusia.

 
     
 

 
     
 

Adapun seruan agar berdoa menrusi hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. akan dihuraikan sepertimana berikut:

 
     
 

Satu hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi sebagaimana berikut:

 
     
 

 
 

Hadis ini menunjukkan bahawa hanya berdoalah satu-satunya cara yang dapat menolak ketentuan Allah s.w.t. Ertinya walaupun seseorang melakukan doa itu pada hakikatnya juga sudah berdasarkan ketentuan Allah s.w.t., namun melaksanakan doa itu sememangnya perlu dengan adanya ikhtiar atau disusahakan.

 
     
 

Dalam hadis lain dinyatakan bahawa doa itu ibarat senjata bagi kaum mukmin. Ianya juga seperti tiang agama dan cahaya bagi seluruh permukaan bumi dan langit. Bunyi hadis tersebut adalah sepertimana di bawah.

 
     
 

 
     
 

 
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 

 
     
   
     
 

Hyprobulksms