Sertai Facebook Penawar, sila klik di sini!

 
 

 
     
 

Panggilan sahaja! SMS tak dilayan.

 
 

019-9048006

 
     
 

 
     
     
   
   
     
     
   
 

 

 
 

 

 
 

Adalah tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya. Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Sila klik di sini untuk info lanjut.

 
     
     
   
 

 

 
 

 
 

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan! Sila klik di sini  untuk info lanjut.

 
     
     
   
 

 

 
 

 
     
 

 

 
   
 

 

 
 

 
     
 

 

 
   
 

 

 
 

Jika info di laman ini memberi faedah kepada anda, berilah sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk kesinambungan laman ini. Terima kasih.

 
     
 

 
     
 

 
     
     
     
 

 
     
     
   
 

 

 
     
     
     
     
 

 
 

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

 
     
     
     
 

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

 
     
     
   
     
 

LILITAN BENANG HITAM PADA BUDAK ADALAH AMALAN SYIRIK

 
     
 
Adakah Lilitan Benang Hitam pada budak adalah amalan syirik?
 
Soalan:
 

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

 
SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut
 
Jawapan:
 

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

 

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya."

 

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

 

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan."

 

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

 

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

 

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

 

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

 

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

 

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT."

 
Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.
 
Waalahu a’lam.
 
(Petikan dari Harakah Bil.1335)
 

 
 

Untuk Rawatan Alternatif, sila hubungi 019-9048006

 

Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada kami dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan:

 
 
  • Angin Ahmar
  • Asma (juga termasuk Lelah)
  • Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
  • Batu Karang
  • Benda Tajam dalam Badan
  • Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
  • Saka
  • Buah Pinggang
  • Buasir
  • Darah Rendah
  • Darah Tinggi
  • Demam Campak
  • Demam Panas (termasuk Hepatitis dll)
  • Gangguan Emosi
  • Gangguan Tidur
  • Gastrik
  • Gout
  • Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
  • Gila Merian
  • Jantung
  • Kayap
  • Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
  • Kenan & Kecacatan Bayi
  • Kencing Malam
  • Kencing Manis
  • Keselamatan Diri dan Harta Benda
  • Ketumbuhan/tumor
  • Kolestrol tinggi
  •  Koma
  • Lekat Tulang
  • Lemah Semangat
  • Lumpuh
  • Migraine
 
  • Mandul
  • Mata (pelbagai jenis sakit mata)
  • Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
  • Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
  • Menghentikan Tabiat Buruk
  • Mudah Lupa
  • Mudah Marah
  • Panas Baran
  • Pelembut Hati
  • Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
  • Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
  • Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
  • Pendekat Jodoh
  • Penerang Hati
  • Penyakit yang Sukar diubati
  • Resdung
  • Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
  • Sakit Kepala
  • Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
  • Sakit Perut
  • Sakit Rindu
  • Santau
  • Sawan
  • Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
  • Selsema yang berterusan
  • Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
  • Sukar Bersalin
  • Sukar Tidur Malam
  • Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.
 
 
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
   
     
 
 

Set Isteri Anggun

 

Set Suami Perkasa

 

Firming Cream

 
 

Set Isteri Anggun

 

Set Suami Perkasa

 

Krim Payudara

 
             
             
  Pakej Lengkap 4 CD Ruqyah (Semenanjung)   Pakej Lengkap 4 CD Ruqyah (Sabah & Sarawak)   Pakej Lengkap 4 CD Ruqyah (Brunei & Singapore)  
  Semenanjung   Sabah & Sarawak   Singapore & Brunei