|
Lebih 90 peratus pesakit berusia 45
tahun ke atas |
|
|
|
SECARA umum lelaki lebih kerap
berhadapan dengan penyakit barah ginjal
berbanding wanita. Mengikut anggaran
umum, jumlah lelaki yang berhadapan
dengan penyakit ini adalah dua kali
ganda daripada wanita. |
|
|
|
Malah, risiko barah ginjal semakin
tinggi seiring dengan peningkatan usia.
Lebih 90 peratus daripada kes
membabitkan mereka yang didiagnos dengan
barah ginjal adalah pesakit yang berusia
45 tahun ke atas. |
|
|
|
Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden
Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan
Singh Khera, berkata umumnya pada waktu
didiagnos, barah berkenaan sudah
mengalami metastatis (merebak ke
bahagian tubuh yang lain) di kalangan
satu pertiga pesakit. |
|
|
|
Dr
Gucharan berkata, sehingga kini 208,000
orang di seluruh dunia didapati
menghidap barah buah pinggang setiap
tahun manakala 102,000 individu
meninggal dunia akibat penyakit itu
setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes
barah ginjal didiagnos di Amerika
Syarikat dengan membabitkan 13,000
kematian. |
|
|
|
Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam
usaha memahami mekanisme pertumbuhan
pelbagai jenis barah, barah ginjal masih
menjadi penyakit yang belum difahami
sepenuhnya. |
|
|
|
“Apabila barah ginjal berada pada tahap
lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada
umumnya barah ginjal adalah penyakit
yang tidak bertindak balas dengan
kemoterapi atau terapi hormon,” katanya. |
|
|
|
Menurut laporan kedua Daftar Kanser
Kebangsaan mengenai kes barah di
Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah
ginjal disahkan secara diagnosis di
Semenanjung. |
|
|
|
Faktor risiko |
|
|
-
Pesakit yang menjalani dialisis
ginjal dan mereka yang mempunyai
sejarah barah ginjal dalam keluarga
berhadapan dengan risiko yang tinggi
untuk diserang penyakit ini.
-
Merokok adalah faktor risiko utama
barah ginjal. Perokok memiliki
kebarangkalian dua kali ganda lebih
tinggi berhadapan barah ginjal
berbanding mereka yang tidak merokok.
-
Obesiti dan penggunaan ubat penahan
atau pelega kesakitan dalam jangka
panjang juga boleh mengundang
masalah ini.
|
|
Simptom |
|
|
-
Darah dalam air kencing
-
Sakit belakang
-
Sakit pada sisi badan yang tidak
hilang
-
Sakit atau pembesaran pada abdomen
-
Kehilangan berat badan yang tidak
diketahui puncanya
-
Hilang selera makan
-
Badan letih dan lesu
|
|
Rawatan |
|
|
|
Rawatan barah ginjal bergantung pada
tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan
kesihatan pesakit secara menyeluruh. |
|
|
|
Terapi utama bagi barah ginjal adalah
pembedahan. Bagaimanapun, ia hanya
berkesan jika semua barah dapat dibuang.
Rawatan radiasi juga boleh dibuat
apabila barah sudah merebak ke luar
ginjal. |
|
|
|
Selain itu, pesakit boleh menggunakan
rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini
hanya boleh dilakukan pada sesetengah
pesakit saja. |
|
|
|
Ada
kaedah terapi baru yang digunakan kepada
pesakit barah ginjal yang bertindak ke
atas bahagian khusus sel barah. Rawatan
ini menunjukkan keberkesanannya dalam
rawatan pesakit barah ginjal lanjutan.
Ini termasuk ubat menghalang pertumbuhan
sel darah baru dan ubat yang mensasarkan
faktor pertumbuhan sel penting yang
lain. |
|
|
|
Bayer Schering Pharma baru-baru ini,
memperkenalkan sejenis pil oral yang
diambil dua kali sehari. Pil ini
dikenali sebagai Nexavar yang bertindak
merencatkan pembentukan salur darah baru
yang membekalkan darah dan nutrisi
kepada tumor. |