Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan
"Rawatan
melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna
- Insya Allah berkesan untuk segala
penyakit dan masalah! Berilah peluang
untuk diri anda mendapat manfaatnya!"
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
KETUMBUHAN DALAM PAYU DARA
KEBANYAKAN wanita
masa kini akan
merasa gundah
apabila mendapati di
dalam payu dara
mereka terdapat
ketumbuhan. Ini
memungkinkan mereka
menghidap kanser
payu dara.
Kanser payu dara
adalah kanser paling
kerap berlaku dan
kanser paling biasa
di kalangan semua
wanita seawal umur
20 tahun di Malaysia
bagi tahun 2002 dan
2003.
Kanser payu dara
paling biasa berlaku
di kalangan kaum
Cina, kemudian kaum
India dan kaum
Melayu.
Kanser payu dara
juga menyumbang
kepada 31 peratus
daripada jumlah kes
kanser wanita pada
tahun 2003 (30.4
peratus pada 2002).
Namun, bukan kesemua
ketumbuhan di dalam
payu dara merupakan
kanser payu dara.
Walhal hampir 80
hingga 90 peratus
adalah ketumbuhan
biasa yang bukan
berbentuk kanser.
Walau bagaimanapun,
oleh kerana kanser
payu dara merupakan
satu penyakit utama
di kalangan
masyarakat dunia
yang mengakibatkan
kesengsaraan dan
kematian jutaan
manusia, setiap
ketumbuhan pada payu
dara mesti dianggap
kanser sehingga
terbukti sebaliknya
secara saintifik.
Untuk membezakan
dengan tepat antara
ketumbuhan biasa
(benign tumour) dan
kanser payu dara
secara fizikal
adalah sukar.
Hanya dengan membuat
kajian sitologi (kajian
sel) sahaja dapat
kita memastikan
sesuatu ketumbuhan
itu kanser atau
sebaliknya.
Kaji penyakit
Hampir 80 hingga 90 peratus
ketumbuhan dalam payu dara adalah ketumbuhan biasa yang
bukan berbentuk kanser.
Ketumbuhan biasa (benign tumour) yang boleh
berlaku di dalam payu dara termasuklah:
Fibroadenoma
-ketumbuhan
ini kerap
berlaku di
kalangan
wanita muda.
Permukaan
ketumbuhan
ini licin
dan mungkin
berbonjol
serta boleh
bergerak
sekeliling
apabila
ditekan dari
luar.
Fibrocystic mastopathy
- ini biasanya berlaku di kalangan wanita
berumur antara 30 hingga 50 tahun yang belum
putus haid. Saiznya berbeza berdasarkan pusingan
haid dan bertambah besar dan sakit apabila
menghampiri haid. Berdasarkan sifat percambahan
sel epitelium, ia berisiko berubah menjadi
kanser.
Sista (Cyst)
- ketumbuhan ini
adalah biji yang
mengandungi air.
Kebanyakan tidak
merbahaya melainkan
biji yang
mengandungi darah.
Nekrosis lemak
- ketumbuhan ini
berpunca daripada
kecederaan pada payu
dara yang
menyebabkan sel
lemak payu dara mati
dan membentuk
kumpulan biji yang
keras. Agak sukar
untuk membezakannya
dari kanser
melainkan dengan
kajian sel histologi.
Bisul (breast
abcess) -
selalunya tidak
sukar untuk
membezakan bisul
dengan kanser.
Tetapi “antibioma”
iaitu keras yang
terjadi apabila
bisul dirawat secara
konservatif, boleh
menyukarkan
perbezaan ini.
Perbezaan
Seperti yang
telah
disebut tadi,
untuk
membezakan
dengan tepat
antara
ketumbuhan
biasa
(benign
tumour) dan
kanser payu
dara secara
fizikal
adalah sukar.
Walau
bagaimanapun,
beberapa
petunjuk
mungkin
dapat
memberikan
gambaran
kasar sama
ada ketulan
di payu dara
itu
berkemungkinan
merbahaya.
Ia
melibatkan
risiko
individu
untuk kanser,
sifat
fizikal
ketumbuhan,
penand a
aras tumor (tumour
marker) dan
genetik.
Semakin
banyak
petunjuk
yang positif,
semakin
mirip
ketumbuhan
itu kepada
ketumbuhan
kanser.
Risiko mendapat kanser
payu dara
Seperti kebanyakan
penyakit kanser,
penyebab utama
kanser payu dara
masih belum
diketahui tetapi
dipercayai
melibatkan faktor
penyebab seperti
faktor genetik dan
faktor alam sekitar.
Banyak telah
diperkatakan
mengenai petunjuk
bagi mereka yang
berisiko untuk
menghidap kanser
payu dara. Ia tetap
menjadi petunjuk
semata-mata.
Ramai penghidap
kanser payu dara
tidak mempunyai
sejarah keluarga
yang menghidap
kanser payu dara.
Walau apapun,
petunjuk-petunjuk
ini
bertujuan
membuat
seseorang
lebih
berhati-hati
dan peka
dengan
penyakit
tersebut dan
mendapatkan
rawatan
dengan
segera.
Secara
ringkasnya,
mengetahui
faktor
risiko akan
memutuskan
sama ada
individu
perlu atau
tidak
melakukan
pemeriksaan
saringan.
Sekiranya
individu
tidak
mempunyai
faktor-faktor
risiko,
tidak
bermakna
individu
selamat.
Kanser payu
dara tidak
boleh
dicegah dan
strategi
utama adalah
pengesanan
awal dan
rawatan
sebelum
kanser itu
merebak.
Pemeriksaan payu dara
Pemeriksaan
payu dara
boleh
dilakukan
oleh
pengamal
perubatan
atau
individu itu
sendiri.
Tiada siapa
yang lebih
arif akan
badan
seseorang
melainkan
individu itu
sendiri.
Adalah
digalakkan
setiap
individu
membuat
pemeriksaan
payu dara
sendiri
setiap bulan.
Bahagian
ketiak patut
juga diberi
perhatian
dengan
urutan untuk
memastikan
ia normal
dan tiada
ketulan.
Saiz ketumbuhan
Kebanyakan
ketumbuhan
yang bersaiz
lebih
daripada
satu
sentimeter
dapat
dirasai
secara
fizikal
dengan
pemeriksaan
sendiri.
Kadang kala,
kesukaran
untuk
merasai
ketulan
berlaku
disebabkan
tidak banyak
perbezaan
konsistensi
antara
ketulan dan
tisu payu
dara di
sekelilingnya,
atau
kedudukannya
yang terlalu
dalam.
Kebiasaannya,
saiz yang
kurang dari
satu
sentimeter
sukar untuk
dirasa. Di
dalam
keadaan
begini ujian
ultrasound
atau
mammogram
dapat
membantu
mengenalpasti
kewujudan
ketulan itu.
mammography
Rawatan
Luar Kawasan: Sila hubungi 012-9378349
untuk temu janji.