Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Otak
hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang
melibatkan sekumpulan saraf yang
dipertanggungjawabk an untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia
berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta
saraf yang membentuk otak ini berinteraksi
dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua
aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau
ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada
aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas.
Oleh itu,
apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah,
beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak
tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang
kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini
mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk
turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif
secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara
baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum
berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan
cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati
untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil
kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini
dimuatkan dalam majalah Scientific American,
keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g
dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini
dilakukan melalui ujian imbasan PET yang
mengukur kadar aktiviti otak manusia secara
tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan
diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut
satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan
dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa
bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya,
apabila sukarelawan ini mengulangi senarai
perkata an yan g sama berulang-ulang kali,
aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila
senarai perkataan baru diberikan kepada mereka,
aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara
saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang
seperti perbuatan berzikir, terbukti
meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Oleh itu,
saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat
baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih
ini telah lama mengamalkannya dan menerima
manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih
memandang enteng kepentingan berzikir dan
mengabaikannya.
Rasailah Kelazatan Berzikir Kepada Allah s.w.t.!
Berzikirlah dengan penuh khusyuk iaitu sebut
dengan lidah ingat dalam fikiran dan rasakan
dengan hati. Apabila lidah,fikiran dan hati
bersatu dalam zikir, pasti akan terasa betapa
lazatnya mengingati Allah s.w.t. Kita akan dapat
merasakan gelombang setiap lafaz zikir yang
diucap mengalir masuk ke dalam hati dan
menghasilkan satu rasa yang tidak tergambarkan.