Shopping Cart
0 item(s) - RM0.00

Tenaga Dalam Kilat (Luar Malaysia)

RM850.00

 
GAMBARAN:

Kami peruntukan program tenaga dalam ini bagi anda yang menghendaki boleh menguasai tenaga dalam dengan cepat, tepat dan praktis tetapi mempunyai daya dan kegunaan yang memadai. Bersifat otomatis ertinya walaupun sering difungsikan tenaga ghaib akan terisi kembali dan tidak akan hilang sampai bila-bila pun tidak akan terjadi kontradiksi walaupun ikut perguruan tenaga dalam atau bela diri lainnya. Justeru sangat membantu dalam menguasai  ilmu tersebut.

 

Tidak memiliki pantangan apapun, hanya prinsipnya tambah baik tingkah laku kita maka hasilnya pun semakin baik. Merupakan dorongan untuk menubuhkan mentalitas spiritual rohani sehingga lebih yakin akan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Di sebut tenaga dalam kilat sebab selain ilmu Tenaga Dalam juga diberi ilmu paranormalan / ketabiban. Bahawa Tenaga Dalam Kilat bersumber dari kekuatan batin yang tinggi, murni, dan suci. Sehingga sama sekali tidak menggunakan kekuatan roh jahat, syaitan dan jin atau sejenisnya. Justeru merupakan upaya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

 
PRINSIP:

Cuba anda renungkan jika ada 100 paku. Ambillah satu dan isilah dengan magnet, maka sebuah paku yang bermagnet akan mampu menarik 99 paku lainnya bahkan logam sekitarnya. Sedangkan 99 paku tak bermagnet tidak boleh berbuat apa-apa, menarik satu paku pun tidak mampu.

 

Kami hadir akan menjadikan anda bagai paku yang bermagnet. Anda akan mampu menarik banyak kebaikan dan sekitar anda. Seperti keberuntungan, kesihatan, ketenangan dan keberhasilan.

 

Bukanlah suatu rahsia tenaga dalam biasanya bermula pada ilmu pengaturan pernafasan. Bagi pengaturan pernafasan yang di tekankan pada rongga dada, perut mahupun di bawah pusat kemudian dipadukan dengan konsentrasi penuh satu titik. Dengan tenaga dalam seperti ini mampu menghimpun sebuah kekuatan ghaib yang disaring dari prana alam bebas. Namun bila prana tersebut tidak dilatih secara rutin, maka prana itu akan menghilang dengan sendirinya. Tenaga dalam Panca Murni Sejati mempunyai format lain bila dibandingkan dengan tenaga dalam lainnya. Kerna tenaga dalam Panca Murni Sejati hanya bersumber pada sebuah keyakinan terhadap Tuhan yang maha kuasa dan dipadu dengan sebuah konsentrasi. Yang paling utama ialah pengisian yang dilakukan oleh kami sehingga anda menjadi mantap dalam mengolah tenaga dalam dan langsung dapat dirasakan berbagai kegunan dan manfaatnya. Tidak ada pantangan dan kesan sampingan mahupun kontradiksi dengan ilmu yang lain.

 
FUNGSI:

Ilmu tenaga dalam pancamurni sejati bertujuan untuk membentuk tubuh dan jiwa anda menjadi sihat (juga termasuk keluarga anda) dapat membentengi diri dari berbagai jenis mara bahaya dan untuk mengubati diri serta orang lain dari segala penyakit (samada penyakit medik, penyakit buatan manusia yang menggunakan kekuatan jin, syaitan dan lain-lain yang bersifat mistik). Ilmu ini bukan untuk bermegah-megah tunjuk lagak dan bukan juga untuk menunjuk-nunjuk.

 

Yang pasti kekuatan yang kami alirkan merupakan suatu kekuatan ghaib dalaman yang ampuh. Tetapi bukan bersumber pada kekuatan jahat, jin apalagi syaitan. Melainkan ilmu tenaga dalam ini berasal dari keyakinan hati yang bersih dan suci untuk menemukan keyakinan kita akan kebesaran zat Tuhan Yang Maha Esa. Manfaat yang diperolehi terbahagi kepada tiga kekuatan: (gerak), rasa dan (cipta).

 
GERAK:

Disini anda tanpa dikenakan beban puasa, beramal atau tarikat yang membebankan, mampu atau mengeluarkan segala bentuk jurus, tari, silat, senam dan sedar 100%. Kita tinggal berkehendak di dalam hati dan disini juga berfungsi seperti berikut:

 

Menunjukkan barang hilang, menunjukkan benda ajaib / barang terpendam, boleh menguji seseorang itu punya bela diri atau tidak, boleh menunjuk ke mana arah larinya pencuri, boleh membantu kelancaran dalam menjawab soalan, boleh mengimbas saudara yang jauh, sakit atau pun tidak, boleh mengetahui sesuatu arah seperti utara, timur dan lain-lain atau arah kiblat, mengetahui arah keluar jika tersesat di hutan dan sebagainya kegunaan isi raga yang tidak dapat kami tuliskan di sini.

 
RASA:

Disini juga tanpa dikenakan beban puasa dan tirakat dalam tempoh yang singkat, begitu diisi anda langsung memiliki fungsi kekuatan ghaib atau yang kita kenal dengan tenaga dalam yang lengkap dengan pendinding serta fungsinya seperti berikut:

 

 Pukulan jarak jauh, penguncian musuh jarak jauh, pengosongan tenaga musuh jarak jauh, kalau dipukul musuh maka akan terpelanting dengan sendirinya, tambah kuat pukulan darinya, tambah kuat pula daya terpelantingnya, dapat mengusir makhluk halus yang jahat, dapat menghalang pengaruh hipnotis dari orang yang berniat jahat, akan tertolak apabila ada ancaman atau serangan halus (santet, tenung, guna-guna, sihir, ilmu hitam dan lain-lain), untuk menambah kewibawaan, karisma, disegani dan disenangi dan banyak lagi kegunaannya.

 
CIPTA:

Disamping fungsi-fungsi yang tertulis di atas, anda tanpa puasa, tirakat, ilmu tenaga dalam, pancamurni sejati ini juga boleh atau mampu mendatangkan hawa panas dan hawa dingin lewat telapak tangan yang banyak berguna antara lain sebagai berikut:

 

Membantu penyembuhan diri sendiri, membantu pengubatan orang lain (kalau pesakit berkondesi panas, maka kita harus menyalurkan hawa dingin dan begitu juga sebaliknya untuk semua penyakit. Ingin mempunyai keturunan atau anak, memagari kawasan.

 
KEBERUNTUNGAN:
Di mana tenaga ghaib sangat membantu anda antara lain:
 
  • Membantu (dengan izin Allah s.w.t.) memperlancarkan setiap usaha yang anda kerjakan, memperolehi modal usaha, agar diterima atau lulus dalam temuduga kerja, peperiksaan dan lainnya, untuk menarik para pembeli, diantaranya peniaga warung, pedagang, salesman, businessman dan usaha lainnya.

  • Untuk berpotensi dalam perlumbaan angkat besi, tennis, atau olahraga dan perlumbaan lainnya. Untuk memperolehi hasil yang banyak dalam berkebun, bertani, berladang, berternak. Dan masih banyak lagi yang ada hubungannya dengan keberhasilan dan keberuntungannya.

KESELAMATAN:
Tenaga ghaib berfungsi sebagai perisai diri anda sehingga sangat membantu dalam: 
 
  • Membentengi diri dari segala macam gangguan yang bersifat fizik (kasar) atau metafizik ( halus)

  • Membentengi diri dari serangan tenung santek dan guna-guna.

  • Bila ada ancaman dari musuh maka musuh akan terpelanting dengan sendirinya.

  • Dapat mengusir makhluk halus dalam rumah, dapat memagari  rumah, keluarga,  audara mara, kebun, warung, pejabat,perusahaan dan lain-lain lagi.

  • Dapat memberikan keselamatan baik perjalanan darat, laut, udara  termasuk keselamatan penumpang, atau peserta misalnya: peserta olahraga atlet, pemandu, pecinta alam, pendaki gunung dan lainnya  yang sering berhadapan dengan hal-hal kecelakaan.

  • Dan banyak lagi kegunaan lainnya bagi anda yang menyangkut keselamatan.

KESIHATAN:

Di mana tenaga ghaib tersebut sangat membantu terutama untuk penyembuhan diri sendiri. Di samping itu boleh membantu untuk penyembuhan orang lain. Baik untuk membantu penyembuhan bisa ular, gangguan jin dan penyakit lainnya.

 
PENGIJAZAHAN:

Setelah penghantaran mahar dilakukan, maka proses pengisian akan dilakukan.Ianya boleh dilakukan secara jarak jauh melalui 2 cara:

 
 

 
1. Telefon sekitar 9.00 malam atau dengan siap berwudhuk dan disediakan segelas air serta mengikut arahan yang diberikan.
 2.Melalui kiriman garam yang telah terisi ke dalam air untuk diminum.
 

Untuk penijazahan Tenaga Dalam Kilat hanya memerlukan waktu yang singkat iaitu perlu lebih kurang lima minit sahaja. Setelah proses pengisian itulah anda langsung memiliki kekuatan dalaman yang ampuh,sentiasa aktif  sampai bila- bila pun. Walaupun sering digunakan tenaga ini tetap ada dan tidak akan luput. Saat itu pula anda langsung dapat mencuba gerak mahupun hasilnya.

 
TANDA-TANDA AWAL SELEPAS PENGIJAZAHAN:

Telapak tangan terasa panas atau dingin dan meremang serta jari dan tangan bergerak sendiri dan perkembangan berikutnya mendatangkan silat atau sebagainya. Bagaimanapun tahap pengisian sebenarnya terbahagi kepada 3 situasi iaitu:

 
 1.Selepas pengisian terus menjadi dengan sempurna.
 2.Beransur-ansur, mengambil masa.
 3.Hikmah tersembunyi.
 

Orang yang mendapat hikmah tersembunyi ini ialah apabila diisi dia langsung tidak mendapat sebarang tindakbalas. Tetapi apabila terdesak atau berlaku sesuatu bahaya dia akan muncul tiba-tiba. Anda boleh memahaminya dari ruangan kongsi pengalaman ini. Begitulah dengan halnya yang lain juga seperti kaedah pukulan jarak jauh, terawangan dan sebagai ia akan spontan menjadi bila amat-amat diperlukan.

 

Dalam meraih sesuatu agar berhasil dan sukses,pastilah diperlukan adanya faktor pendorong, Maka tenaga dalaman yang kami aktifkan ini merupakan ransangan untuk melancarkan usaha meraih kekuasaan, cita-cita, keberhasilan dan sebagainya. Mengapa? Ramai orang selalu gagal dalam usahanya, rezeki sempit gali lubang tutup lubang. Rezeki kalau dicari dia lari, kalau tidak dicari muncul pun tidak, ekonomi rendah dan status sosial pun rendah. Seribu satu pertanyaan boleh anda fikirkan mengapa perbezaan kehidupan di atas bolehn terjadi tapi!!! Jawapan yang paling tepat disebabkan tidak adanya faktor pendorong dan kaedah yang digunakan kurang tepat.

 

Maka setelah anda nanti menjadi ahli kami, langsung kami alirkan tenaga dalaman dan kami beri petunjuk cara meraih cita-cita, keberhasilan dan sebagainya. Jadi jelasnya tenaga ghaib sifatnya membantu dalam meraih kehendak, dalam erti bukan menentukan (yang menetukan hanya Allah s.w.t.). Setelah anda menjadi ahli, akan segera kami berikan petunjuk cara penggunaan seperti hal-hal tersebut di atas. Di mana sebetulnya masih banyak kegunaan tenaga dalaman tersebut tidak kami paparkan, sehingga sangat bermanfaat bagi anda semua. Serta anda benar-benar memerlukan tentang keberuntungan, keselamatan, kesihatan dan lain-lain.

 

PERINGATAN PENTING:

Betulkan niat anda sebelum mempelajari ilmu ini. Ianya umpama pisau, boleh digunakan untuk memotong sayur tetapi juga boleh disalah gunakan untuk membunuh orang! Niatkan semata-mata untuk mendapatkan redha Allah s.w.t. Kita bukan mencari sakti tetapi mencari potensi diri! Allah s.w.t. tidak mengubah nasib kita melainkan kita berusaha untuk merubah diri.

 


Add to Cart:

  • 100 Units in Stock


This product was added to our catalog on Thursday 17 June, 2010.

Back to top
Webucation - bisnes tanpa saingan