Shopping Cart
0 item(s) - RM0.00

Terapi Pembersihan Jiwa

RM350.00

Insan itu terdiri dari dua elemen utama iaitu zahir (fizikal) dan batin (rohani). Tubuh manusia terbentuk pada saat bertemunya sel telur dan sel mani yang dipengaruhi oleh energi dari fikiran, perbuatan, makanan dan suhu. Interaksi keempat-empat energi ini akan menghasilkan getaran neutral, positif dan negatif. Getaran ini memberi pengaruh pada badan Jika getaran negatif mendominasi seseorang itu maka kesihatan seseorang itu akan terganggu.

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan ianya telah terbukti begitu berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan.

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri yang kami kembangkan melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna adalah kaedah termudah, terpantas dan praktikal untuk mengembangkan getaran positif agar dapat digunakan untuk pelbagai hajat dan penyelesaian kepada pelbagai masalah.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Terapi Pembersihan Jiwa Dan Meningkatkan Potensi Diri?

Ianya adalah satu proses rawatan dengan mengalirkan gelombang ayat-ayat al-Quran ke dalam minda dan jiwa individu yang menjalani Terapi Pembersihan ini. Getaran dan gelombang serta 'nur' dari ayat-ayat ini bertindak menyingkirkan perkara-perkara negatif individu yang dirawat. Dengan itu perkara-perkara yang positif dapat dikembangkan.

Di antara tanda-tanda tindakbalas yang dapat dirasai semasa proses terapi berjalan:

  • Berdebar-debar

  • Rasa panas

  • Kepala/fikiran rasa melayang

  • Sedih

  • Sakit di bahagian tertentu tubuh badan

  • Pelbagai rasa lagi bergantung kepada keadaan individu

Tanda-tanda yang dapat dirasai setelah selesai proses terapi:

  • Tenang

  • Badan rasa segar dan ringan

  • Fikiran rasa lapang

  • Rasa lebih bersemangat

  • Pelbagai lagi rasa yang dialami, bergantung kepada individu

Faedah dari mengikuti Terapi Pembersihan ini:

  • Hidup penuh bersemangat

  • Disukai oleh orang ramai

  • Kekuatan mental meningkat

  • Dapat meninggalkan tabiat buruh seperti malas, takut, fobia dan stress

  • Menjadi orang yang berfikiran positif dan berani menempuh kehidupan

  • Dapat mengatasi masalah gangguan

  • Usaha mencari rezeki lebih mudah

  • Perniagaan berkembang

  • Kerjaya meningkat

  • Hubungan lebih baik dengan semua orang

Siapa perlu mengikuti terapi ini :

  • Mereka yang bermasalah ketandusan rezeki

  • Mereka yang bermasalah emosi yang tidak stabil

  • Mereka yang tidak tenteram jiwa

  • Mereka yang kerjaya tidak menjadi

  • Mereka yang susah jodoh

  • Mereka yang sentiasa resah

  • Mereka yang menghadapi tekanan

  • Mereka yang mengalami fobia

  • Mereka yang mengalami trauma

  • Mereka yang mengalami sakit jiwa

  • Mereka yang inginkan perniagaan lebih maju dan berkembang

  • Mereka yang inginkan kenaikan pangkat dalam pekerjaan

 


Add to Cart:

  • 98 Units in Stock


This product was added to our catalog on Monday 23 November, 2009.

Back to top
buat duit dgn score A