Adalah tidak memadai anda
menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal,
jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan
syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi
setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan.
Namun di samping amal ibadat harian yang kita
kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk
mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari
berluangnya serangan atau gangguan jin dan
syaitan. KINI pencarian anda dipermudahkan,
telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan
pelindung diri). Anda boleh dapatkannya mulai
sekarang!
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan
"Rawatan
melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna
- Insya Allah berkesan untuk segala
penyakit dan masalah! Berilah peluang
untuk diri anda mendapat manfaatnya!"
PELAWAT
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
KEAJAIBAN AIR
Tahukah anda bahawa air meliputi 70
peratus daripada permukaan bumi. Air juga boleh berada
dalam tiga benuk iaitu pepejal (ais), cecair (air) dan
gas (wap). Pada dasarnya setiap orang memerlukan air
untuk terus hidup.
Banyak penyakit dapat disembuhkan
melalui air. Oleh itu, kita digalakkan minum lapan gelas
besar air setiap hari. Ini bukan sahaja membantu
meyegarkan badan dari terhidrat malah menjadi sebab
kesembuhan banyak penyakit.
Antara penyakit yang dapat
disembuhkan ialah sakit kepala, haid yang tidak teratur,
kegemukan, radang selaput lendir, gangguan jantung,
sembelit, batuk dan banyak lagi. Dengan minum air yang
banyak, usus akan bekerja dengan lebih efektif lagi dan
membentuk darah baru.
Darah merupakan perkara yang
terpenting dalam menyembuhkan penyakit dan memlihara
kesihatan.
Air
adalah anugerah Allah.
8 Keajaiban Air Kepada Manusia:
Menambahkan kekuatan tenaga.
Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal.
Membuang toksin dan bahan-bahan yang tidak
diperlukan badan.
Menyihatkan kulit dan membuatkannya berseri.
Melegakan sakit kepala.
Memperbaiki sistem pencernaan.
Menyeimbangkan pH badan.
Minum
air bersih 8 gelas besar sehari!
Terapi Air:
Terapi air merupakan salah
satu kaedah yang diamalkan dalam perubatan sejak
dahulu lagi. Ini kerana cara ini dilihat lebih
murah dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis
penyakit. Air berkesan merawat penyakit dengan
izin Allah.
Sebagai contoh jika merawat
pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka
minum air yang didoakan,bermacam-macam ragam
yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit
di tempat-tempat tertentu, lenguh badan, ada
yang enggan membuka mulut dan kena paksa minum,
ada yang menjerit dan sebagainya. Antara
keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam
percakapan kita, kalau baik kita cakap maka
baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita
maka jahatlah jadinya.
Ini telah dibuktikan penemuan
hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto
seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr
Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau
membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air
boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke
atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang
pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak,
pernah menceritakan penemuan ini. Beliau
memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu
seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air
dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu,
mereka telah ditunjukkan melalui slaid,
contoh-contoh air yang dilihat daripada
mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada
laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya.
Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik
bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah
ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin
bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
Suatu ketika, apabila
ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,”
molekulnya tersusun cantik, seperti berlian
bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni
melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal
pakar air tersebut tentang asal usul sampel air
itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin
air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan
benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa
hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas
pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke
atas air mineral masing-masing. Lalu salah
seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil
kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin
kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah
seperti tokong cina ( dengan janggut yang
panjang dan perut buncit ).
Apabila tiba giliran Ustaz
Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah,
Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan
di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian
yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.
Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat
atau kata-kata yang tidak elok, maka
ternampaklah di skrin molekul air itu berubah
menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat
Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga
merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan
keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan
memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada
kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air,
untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu
daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam
bahasa mudahnya air jaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh
air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang
telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara
dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr
Masaru Emoto melalui kajiannya.
Contoh molekul air yang terbentuk bila
dibisikkan kata yang baik kepadanya:
Contoh molekul air yang terbentuk bila
dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya:
Inilah satu keajaiban Allah
s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan.
Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah
s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya
molekulnya.