Tel: 012-9378349

 
     
 

 
     
 

 
     
   
     
 
 
 
 
     
     
   
   
     
   
 

 

 
 

 

 
 

Adalah tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya. Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Sila klik di sini untuk info lanjut.

 
     
     
   
 

 

 
 

 
 

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan! Sila klik di sini  untuk info lanjut.

 
     
     
   
 

 

 
 

 
     
 

 

 
   
 

 

 
 

 
     
 

 

 
   
 

 

 
 

Jika info di laman ini memberi faedah kepada anda, berilah sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk kesinambungan laman ini. Terima kasih.

 
     
 

 
     
 

 
     
     
     
 

 
     
     
   
 

 

 
     
     
     
     
 

 
 

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

 
     
     
     
 

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

 
     
     
   
     
 

Kanser Payudara

 
     
 

Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui.

 
     
 

Untuk mereka yang dikesan pada tahap yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun simptom payudara.

 
     
 

 
     
  Tanda-tanda kanser payu dara:  
     
 
  • Perubahan saiz dan rupa

  • Lekuk pada kulit

  • Ketulan atau penebalan

 
 

 
  Puting:  
     
 
  • Puting berdarah  (jarang berlaku)

  • Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)

  • Puting tertarik ke dalam

  • Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting

  • Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah

  • Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payu dara

  • Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada ecxema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian

  • Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku  dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda

 
 

 
  Lengan:  
     
 
  • ketulan atau bengkak di sekitar ketiak

 
  Rasa Sakit:  
     
 
  • Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat

 
  Kelainan Dalam Perkembangan Payudara dan Perubahan Mengikut Usia:  
     
 

Perbincangan mengenai gejala dan tanda-tanda kanser payu dara tidak akan lengkap tanpa menyentuh mengenai penyakit-penyakit payu dara yang lain yang tidak mudarat. Semasa penyiasatan kanser payu dara, penyakit-penyakit tersebut mungkin dijumpai.

 
     
 

Disepanjang hayat, seorang wanita  akan mengalami berbagai perubahan pada payudara. Ini termasuk perubahan semasa haid dan juga timbulnya berapa jenis ketulan yang tidak mudarat. Apabila proses perkembangan dan perubahan ini menjadi berlebihan atau lebih ketara, barulah ianya dikatakan penyakit dan anda akan merasai gejalanya. Apa yang penting ialah kebanyakannya bukanlah kanser. Dianggarkan 80-90% ketulan payudara yang memerlukan biopsi bukanlah disebabkan oleh kanser.

 
     
 

Semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. Keadaan ini boleh mengkibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. Kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal (hipertropi remaja).

 
     
 

Semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mungkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.

 
     
 

Semasa umur antara 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst), pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. Sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan sama ada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.

 
     
  Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara:  
     
 

Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes).  Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui.  Jenis sel-sel kanser (cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.

 
     
  Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap:  
     
  Tahap 1  
     
 

Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara.  Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya.  Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

 
     
  Tahap 2  
     
 

Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

 
     
  Tahap 3  
     
 

Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm.  Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

 
     
  Tahap 4  
     
 

Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara.  Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

 
     
 

Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.

 
     
 

Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.

 
     
 

Rencana bergambar di bawah menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana tanda-tanda yang didapati lebih ketara. Kita sepatutnya lebih peka terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai keperingkat yang ditunjukkan. Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini merupakan tanda-tanda yang harus diawasi semasa menjalankan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan.

 
 

 
 

 
     
   
     
 

Hyprobulksms