Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan
"Rawatan
melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna
- Insya Allah berkesan untuk segala
penyakit dan masalah! Berilah peluang
untuk diri anda mendapat manfaatnya!"
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
KANSER PAYU DARA PEMBUNUH UTAMA
PUTRAJAYA 9
Jun -
Sebanyak 31
peratus
pesakit
kanser
wanita di
negara ini
terdiri
daripada
pesakit
kanser payu
dara yang
menjadikan
kanser itu
kekal
sebagai
pembunuh
utama wanita.
Menteri
Kesihatan,
Datuk Liow
Tiong Lai
berkata,
peningkatan
kanser
tersebut
bukan sahaja
dikesan di
negara ini
tetapi
berlaku di
seluruh
dunia.
''Berdasarkan
statistik pada 2003,
sebanyak 3,738 kes
baru untuk kanser
payu dara telah
dilaporkan di negara
ini.
''Di peringkat dunia
pula, 1.05 juta
wanita menghidap
kanser payu dara
setiap tahun,"
katanya kepada
pemberita selepas
merasmikan
Persidangan Kemas
Kini Patologi Payu
Dara di Hospital
Putrajaya di sini
hari ini.
Tiong Lai berkata,
hanya 20 peratus
pesakit kanser payu
dara menerima
rawatan awal sekali
gus menyebabkan
ramai pesakit gagal
disembuhkan.
''Jika pesakit
menerima rawatan
pada peringkat awal
maka peluang sembuh
adalah mendekati 100
peratus.
''Jika pesakit
menerima rawatan
selepas kanser
merebak ke bahagian
badan lain, peluang
sembuh adalah kurang
daripada 50 peratus,"
katanya.
Sehubungan itu,
beliau menyarankan
wanita yang berumur
20 tahun ke atas
menjalankan ujian
sendiri dari semasa
ke semasa.
''Wanita berumur 30
tahun ke atas juga
dinasihatkan supaya
menjalankan ujian di
pusat perubatan
setiap tahun,''
katanya.
Kata beliau, rawatan
untuk pesakit payu
dara boleh
diperolehi di 55
hospital kerajaan
manakala empat
hospital iaitu di
Putrajaya, Kuala
Lumpur, Johor Bahru
dan Kota Bahru
menyediakan
pembedahan
'endocrine' untuk
pesakit.
''Buat masa ini,
kita mempunyai enam
pakar untuk
pembedahan ini
manakala enam lagi
sedang menjalankan
latihan," katanya.
Tambahnya, hospital
kerajaan mempunyai
60 ahli patologi
anatomical dan
seorang daripadanya
merupakan pakar
dalam patologi payu
dara.
''Pakar patologi
payu dara ini
ditempatkan di
Hospital Putrajaya,"
katanya.
Artikel: Utusan Malaysia
Video Berkaitan Kanser Payu Dara:
Breast Cancer Pathology
Ulat dalam payu dara
How to check yourself for breast
cancer
Breast Lift With "Auto
Augmentation"
Rawatan
Alternatif Kanser Payu Dara : Sila hubungi 012-9378349
untuk temu janji.