Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
Firman
Allah s.w.t.: "Jika Allah
menolong kamu mencapai
kemenangan maka tidak ada siapa
pun yang akan dapat mengalahkan
kamu, dan jika Dia mengecewakan
kamu maka siapakah yang dapat
menolong kamu sesudah Allah (menetapkan
demikian)? Dan (ingatlah) kepada
Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman itu
bertawakkal (berserah diri) -
surah Imran: ayat 160
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat datang ke
Penawar.com, anda berada di tempat yang betul untuk
mencari penyelesaian terhadap masalah anda. Anda boleh
mendapatkan info dan khidmat yang kami hidangkan di
laman web ini.
Anda dipersilakan
melayari laman ini dan sentiasa ke kembali ke sini untuk
info terkini. Kami menawarkan khidmat Rawatan Islam
melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna. Selain
rawatan alternatif untuk
penyakit-penyakit
medik
dan non-medik, kami juga menawarkan
Terapi
Pembersihan Jiwa Dan Meningkatkan Potensi
Diri,
dan Terapi
Untuk MeningkatkanKecerdasan Minda.
Kami juga menawarkan penawar penyakit berkualiti
tinggi yang diakui kelebihan dan keberkesanannya oleh
para saintis dan pengamal perubatan.
Anda boleh
menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat
rawatan. Kami juga bersedia melakukan rawatan di luar
kawasan jika terdapat permintaan.
Allah s.w.t. berfirman:
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap
penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu
sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan
sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim
Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan
doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik
disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya
atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan
penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan
binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan
sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat
Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan
diri.
Pada
zaman serba canggih, keupayaan teknologi
berkembang pesat, namun banyak perkara tidak
dapat diselesaikan dan memerlukan manusia
kembali kepada asas iaitu kembali kepada Allah
s.w.t.Ramai
orang yang mencari penyelesaian melalui
kerohanian tetapi sering kali juga mereka
terperangkap dalam amalan syirik. Anda mesti
berhati-hati dalam menentukan pilihan terbaik
agar tidak terjerumus ke lembah syirik.
Keputusan ada di tangan anda... Anda ingin terus
menyerah pada keadaan atau melangkah untuk
berikhtiar bersama Rawatan Al-Quran
Dan Asma Al-Husna ini agar
dapat mengubah nasib diri pada masa hadapan
kerana Allah s.w.t. tidak akan mengubah nasib
seseorang itu sehinggalah dia bertindak untuk
berusaha mengubah nasib dirinya sendiri kerana
Allah s.w.t bertindak mengikut sangkaan
hambanya.
Jika
anda merasa kecewa atau putus harapan setelah
menjalani berbagai kaedah rawatan tetapi masih
belum sembuh, maka mengapa tidak berusaha
melalui Terapi Teknologi
Al-Quran dan Asma Al-Husna. Jadikan rawatan ini
sebagai alternatif terakhir bagi anda.
Rawatan
dengan Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna
tidak meninggalkan kesan sampingan dan tidak
tidak meninggalkan sebarang parut. Anda akan
merasakan impaknya walaupun untuk rawatan yang
pertama. Melalui Rawatan Teknologi Al-Quran dan
Asma Al-Husna , anda akan merasakan manfaatnya.
Insya Allah.