Sertai Facebook Penawar, sila klik di sini!

 
 

 
     
 

Panggilan sahaja! SMS tak dilayan.

 
 

019-9048006

 
 

 

 
 

 
     
     
   
   
     
   
 

 

 
 

 

 
 

Adalah tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya. Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Sila klik di sini untuk info lanjut.

 
     
     
   
 

 

 
 

 
 

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan! Sila klik di sini  untuk info lanjut.

 
     
     
   
 

 

 
 

 
     
 

 

 
   
 

 

 
 

 
     
 

 

 
   
 

 

 
 

Jika info di laman ini memberi faedah kepada anda, berilah sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk kesinambungan laman ini. Terima kasih.

 
     
 

 
     
 

 
     
     
     
 

 
     
     
   
 

 

 
     
     
     
     
 

 
 

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

 
     
     
     
 

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

 
     
     
   
     
 

Hukum Mengambil Upah Rawatan Pesakit

 
     
     
 

Hadis 1:

 
     
 

 
     
  Maksudnya:  
 

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

 
     
     
 

Hadis 2:

 
     
 

 
     
  Maksudnya:  
     
 

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan  kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit (Hadis riwayat Imam Bukhari)

 
     
     
 
Ulasan:
 
 
 

Hadis 1 dan 2 di atas mempunyai maksud yang sama yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari. Daripada kedua-dua hadis ini dapat disimpulkan seperti berikut;

 
     
  1. Surah al-Fatihah boleh digunakan sebagai jampi untuk rawatan sengatan bisa binatang.
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.
3. Boleh menerima upah daripada khidmat rawatan yang diberikan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran.
 
     
 

Bagi pengamal ilmu perubatan Islam, Surah al-Fatihah adalah bacaan utama dalam setiap rawatan. Keberkesanan jampi menggunakan bacaan Surah al-Fatihah bergantung kepada keikhlasan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t.. Selain daripada itu bacaan Surah al-Fatihah perlu dipelajari secara talaqi daripada guru. Guru hendaklah mendengar bacaan dari mulut kita dan membenarkan bahawa bacaan kita itu adalah betul.

 
     
 

Bagi mereka yang bukan pengamal perubatan Islam, Surah al-Fatihah boleh dijadikan jampi bila dalam keadaan kecemasan atau terdesak. Contohnya anak yang sakit ditengah malam atau anak yang terjatuh dari pokok dan seumpamanya, sebagai rawatan permulaan sebelum ke hospital atau klinik, bacakan Surah al-Fatihah sebanyak tujuh kali dengan niat supaya Allah s.w.t. menyembuhkan penyakit, kemudian tiup pada air. Air diminum dan disapukan pada tempat sakit.

 
     
  Perihal Upah Rawatan:  
     
 

Selain hadis-hadis di atas, diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w. Apbila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda:"Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian."

 
     
 

Dari hadis-hadis yang disebutkan, hukum mengambil upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500).

 
     
 

Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit). Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut.

 
     
 

Jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu!

 
     
     
     
     
 

PAKEJ CD RUQYAH UNTUK RAWATAN

 
     
 

 
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
   
     
 
 

Set Isteri Anggun

 

Set Suami Perkasa

 

Firming Cream

 
 

Set Isteri Anggun

 

Set Suami Perkasa

 

Krim Payudara

 
             
             
  Pakej Lengkap 4 CD Ruqyah (Semenanjung)   Pakej Lengkap 4 CD Ruqyah (Sabah & Sarawak)   Pakej Lengkap 4 CD Ruqyah (Brunei & Singapore)  
  Semenanjung   Sabah & Sarawak   Singapore & Brunei