Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
Perawat Dan Webmaster Penawar.com
Jika ada sebarang pertanyaan atau
ingin mendapatkan khidmat rawatan, anda boleh berhubung
secara langsung dengan Ustaz Ahmad Suhaimi (gambar atas).
Insya Allah s.w.t. kita sama-sama berusaha untuk
menyelesaikan permasalahan dan penyakit yang ditanggung
anda.
Kita hanya
berikhtiar, hanya Allah s.w.t. yang Maha
Berkuasa menyembuh dan menyelesaikan masalah.
Kita tiada upaya jika tiada bantuan Allah s.w.t.