Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
Histeria Gangguan Psikologi luar Biasa
Oleh
Nasron Sira Rahim
Masyarakat
percaya pesakit dirasuk kerana dikatakan menceroboh 'kediaman'
makhluk ghaib
"HISTERIA bermula apabila seseorang
itu memendam tekanan perasaan yang berpanjangan
sehinggalah pada suatu ketika, tekanan itu tidak mampu
lagi dipendam dalam hati dan melebihi had yang mampu
ditanggung perasaannya.
"Ketika itulah jiwa seseorang itu
menjadi lemah dan ia mudah dirasuk unsur ghaib seperti
makhluk halus atau jin sehingga menyebabkan dia meracau,
melolong dan meronta ketakutan atau dikenali sebagai
histeria," kata Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa',
Mohd Fauzi Mustaffa ketika merungkaikan mengenai
kejadian histeria.
Membincangkan mengenai histeria
sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan
di kalangan masyarakat terutama tatkala memikirkan sama
ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan
pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib.
Bagi Mohd Fauzi yang pernah
berhadapan dan merawat pesakit histeria, gejala itu
akibat gabungan gangguan psikologi iaitu tekanan
perasaan dan pengaruh unsur ghaib.
"Histeria lebih ketara berlaku
apabila pesakit itu berada di kawasan 'kediaman' jin
terbabit seperti di dalam hutan, padang atau tepi tasik;
pesakit mungkin secara tidak sengaja mengganggu atau
merosakkan kawasan rumah makhluk halus terbabit
menyebabkan ia marah dan merasuk diri pesakit seterusnya
menyebabkan histeria," katanya.
Beliau berkata, apabila
histeria berlaku, pesakit tidak lagi sedarkan
diri atau mengetahui apa yang mereka lakukan.
Mereka akan melolong, menjerit, cemas, nafas
tercungap-cungap dan meronta ingin melarikan
diri.
Wajah mereka juga ketakutan
seolah-olah ternampak sesuatu yang menyeramkan dan
memang mereka dapat melihat makhluk halus itu; mereka
juga memiliki kekuatan luar biasa sehingga sampai 10
orang pun tidak dapat mengekang pergerakan mangsa.
"Kekuatan itu
berasal daripada makhluk ghaib terbabit malah kadangkala
rasukan menyebabkan mereka meracau dengan suara atau
bahasa pelik. Mereka tidak sedar apa yang dilakukan
ketika histeria menyebabkan apabila pulih, mangsa
kelihatan bingung," katanya.
Apabila seseorang itu mengalami
histeria, gangguan itu dengan pantasnya akan merebak dan
berjangkit kepada rakan atau kelompok manusia yang ada
berhampirannya. Ia mampu merebak kerana jin yang
mencetuskan histeria itu banyak malah kelompok manusia
yang dirasuk juga turut memiliki tahap psikologi sama
iaitu turut memendam tekanan dan kebimbangan.
"Terdapat kaedah dalam perubatan
Islam mampu memulihkan mereka ini. Sebenarnya, jika
tidak dirawat pun pesakit histeria ini mampu pulih
dengan sendirinya selepas satu tempoh masa lama apabila
jin yang merasuk itu keluar dan pesakit kembali sedar.
"Akan tetapi dia berisiko dirasuk
kembali atau mengalami histeria semula; cara terbaik
adalah dengan mencegahnya iaitu pesakit perlu tabah
menghadapi dugaan hidup, sentiasa reda dengan ketentuan
Allah, tidak berputus asa dan lemah semangat serta
memperbanyakkan mengingati Allah kerana jiwa yang kosong
tanpa mengingati Allah mudah dirasuk syaitan," katanya.
Mungkin ramai tidak tahu bahawa
selain wanita, ada juga lelaki, kanak-kanak atau bayi
yang histeria tetapi gejala itu lebih ketara di kalangan
wanita kerana golongan itu diciptakan Tuhan sebagai
insan yang memiliki fizikal dan emosi yang lemah.
Wanita juga mengalami 'keuzuran'
pada setiap bulan menyebabkan mereka tidak dapat
beribadat dan lebih terdedah kepada serangan jin
dan syaitan tambahan pula darah termasuk darah
haid sememangnya menjadi makanan bagi golongan
jin.
Bagi pakar psikologi, Profesor Dr
Syed Hassan Ahmad Al Mashoor, unsur mistik seperti
rasukan jin sememangnya tidak dinafikan wujud sebagai
satu daripada punca histeria tetapi masyarakat perlu
membezakan antara histeria yang berlaku akibat tekanan
perasaan serta konflik emosi dengan histeria akibat
rasukan jin.
"Kita tidak boleh nafi pengaruh
makhluk halus dalam kehidupan tapi biarlah setiap usaha
itu dibuat secara rasional supaya tidak sentiasa
menyalahkan satu sebab saja (rasukan jin) dalam kes
histeria.
"Jika puncanya berkaitan perubatan
seperti penyakit sawan, salah guna dadah seperti ecstasy
atau disebabkan penyakit mental seperti skizofrenia, ia
dikatakan 'gangguan perubatan' tapi jika puncanya
tekanan perasaan dan konflik emosi semata-mata, ia
dikatakan 'gangguan psikologi'," katanya.
Dr Syed Hassan berkata, dari
perspektif psikologi, histeria lazimnya berpunca dari
tekanan emosi berpanjangan yang tidak dapat dibendung
lagi malah mangsa kurang mendapat sokongan moral dan
material dari keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.
"Wanita lebih kerap histeria kerana
lebih banyak memendam keresahan dan kemurungan serta
tidak meluahkan tekanan emosi mereka. Lelaki pula lebih
tabah dan lasak, jika mereka menghadapi stres, mereka
ada saluran meluahkan tekanan emosi itu sama ada
menerusi kemarahan, perlakuan agresif atau melakukan
perkara tidak diingini seperti berjudi," katanya.
"Wanita lebih kerap histeria kerana
lebih banyak memendam keresahan dan kemurungan serta
tidak meluahkan tekanan emosi mereka. Lelaki pula lebih
tabah dan lasak, jika mereka menghadapi stres, mereka
ada saluran meluahkan tekanan emosi itu sama ada
menerusi kemarahan, perlakuan agresif atau melakukan
perkara tidak diingini seperti berjudi," katanya.
Beliau berkata, untuk menghindari histeria, mereka yang
bermasalah perlu dikenal pasti seawal mungkin dan diberi
bantuan moral bagi meredakan tekanan perasaan dan
gangguan konflik yang dialami.
Fakta Histeria:
Berbeza dengan saka, santau atau sihir,
histeria disebabkan makhluk halus yang tidak
bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk
mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang
mengganggu atau merosakkan kediaman mereka
seperti di padang atau hutan.
Jin
atau makhluk halus ini merasuk dan
mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan
mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan
hilang kawalan diri.
Jenis
tekanan yang boleh mencetuskan histeria
adalah bimbang keterlaluan (contohnya
pelajar yang ingin mengambil peperiksaan);
ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa
memendam tekanan dan perasaan marah tanpa
diluahkan, contohnya mangsa buli atau
teraniaya); menghadapi tekanan dalam
keluarga yang berpecah belah dan berkonflik
sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat
kerja; tekanan dalam rumah tangga.
Mereka yang memiliki kekuatan rohani jarang
histeria selain kuat beribadat, sabar, tidak
berputus asa.
Bayi
atau kanak-kanak turut histeria tapi mereka
hanya meraung ketakutan dan jari mungkin
menunjuk ke arah suatu arah. Lelaki yang
histeria pula kelihatan seperti sedang amuk.
Petua
apabila berhadapan dengan histeria: asingkan
pesakit daripada orang ramai; cuba azankan
di telinga pesakit; baca surah al-Fatihah,
ayat 115 hingga 116 dari surah al-Mukminun,
ayat tiga qul dan tiupkan di telinga dan
muka pesakit; jika ada air Yaasin, sapu atau
semburkan ke muka pesakit. Apabila pesakit
kelihatan sedar, suruh dia mengucap, jika
tidak dapat mengucap, maknanya jin itu masih
merasuknya. Baca juga doa Nabi Sulaiman
supaya didengari pesakit.