Adalah tidak memadai anda
menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal,
jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan
syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi
setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan.
Namun di samping amal ibadat harian yang kita
kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk
mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari
berluangnya serangan atau gangguan jin dan
syaitan. KINI pencarian anda dipermudahkan,
telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan
pelindung diri). Anda boleh dapatkannya mulai
sekarang!
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan
"Rawatan
melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna
- Insya Allah berkesan untuk segala
penyakit dan masalah! Berilah peluang
untuk diri anda mendapat manfaatnya!"
PELAWAT
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
EPILEPSI
Apakah itu epilepsi?
Epilepsi atau gila
babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi
sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya
mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri
secara tiba-tiba.
Epilepsi terjadi
apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau
mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan
memberikan kesan sementara terhadap tingkahlaku,
pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu
tersebut. Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal
ini, individu tersebut mungkin mengalami kecederaan yang
serius.
Terdapat dua jenis sawan:
1.Sawan
menyeluruh
Disebabkan oleh gangguan
sel-sel saraf yang biasanya melibatkan
keseluruhan otak. Sawan keseluruhan ini
boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: tonik-klonik
(dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal)
, ketidakwujudan
(dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal)
dan Mioklonik.
2.Sawan
separa-
Bermula di satu bahagian tertentu dalam
otak (contohnya di hipokampus), tetapi boleh merebak ke
bahagian otak yang lain. Sawan separa ini boleh
dibahagikan kepada dua kategori:
separa kompleks
separa ringkas
Sawan yang khusus pada kanak-kanak sahaja:
Sindrom West -
Biasanya berlaku pada
kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga
8 bulan.
Sindrom Lennox-Gastaut -
Melibatkan kanak-kanak
yang muda. Ini merupakan epilepsi yang
paling buruk berlaku pada kanak-kanak yang
muda.
Bagaimanakah epilepsi ini terbentuk?
Otak
manusia terdiri dari berbilion-bilion neuron (sel saraf).
Neuron-neuron ini boleh berkomunikasi sesama sendiri
melalui aktiviti elektrik. Aktiviti elektrik yang
kecil-kecil inilah yang menjadi penggerak utama bagi
kesemua tindakan dan pemikiran. Oleh itu, jika
neuron-neuron ini mengalami masalah untuk berhubung
antara satu sama lain, manusia akan mengalami kesan yang
serius.
Neuron bertukar ganti maklumat sesama
sendiri melalui proses elektrokimia. Proses ini boleh
dikesan dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG).
Kadangkala, gangguan keadaan kimia di otak boleh
mengganggu proses elektrokimia ini dan mengakibatkan
sawan berlaku. Seseorang individu yang menghidap sawan
akan menunjukkan corak aktiviti elektrik otak yang tidak
normal melalui pemeriksaan EEG.
Apakah
penyebab epilepsi?
Pelbagai
faktor boleh menyumbang kepada epilepsi dan biasanya ia
sedikit sebanyak berhubungkait dengan umur.
Beberapa
penyebab bagi epilepsi termasuklah:
1.Penyebab
yang biasa
kecederaaan di
kepala.
faktor genetik.
tumor otak.
tekanan
psikologi (menyebabkan sawan palsu -
pseudoseizure iaitu serangan yang sama
dengan sawan epilepsi tetapi tercetus atas
sebab-sebab psikologi sahaja).
Paradoksikal/tindakbalas
yang luarbiasa terhadap ubat-ubatan
termasuklah dadah antiepilepsi.
2.Penyebab
pada orang dewasa:
Sklerosis (parutan)
hipokampus - bahagian jirim kelabu di
ventrikel lateral dalam otak).
penyalahgunaan
alkohol atau dadah.
Kesan
ketagihan akibat penghentian dadah tertentu
seperti antidepresan, stres, antipsikotik
atau dadah antiepilepsi.
Jangkitan
kuman seperti meningitis dan ensefalitis.
Pendedahan
kepada bahan kimia tertentu seperti plumbum
di tempat kerja.
penyakit
kemerosotan otak (berlaku pada wargatua).
3.Penyebab
pada kanak-kanak
Demam yang
kuat.
Suntikan
vaksin - sawan sebagai reaksi suntikan ini
jarang berlaku.
Sawan aruhan
televisyen - sawan berlaku apabila terdedah
kepada sinaran televisyen terlalu lama.
Kecacatan
sewaktu lahir.
Kerosakan otak.
Keracunan.
Kecederaan di
kepala.
Ubat-ubatan
seperti melatonin - sejenis hormon yang
digunakan untuk mengawalatur tidur, mood,
masalah baligh dan kitaran ovari.
Pada
sesetengah wanita, epilepsi mungkin dicetuskan oleh
perubahan hormon. Ia biasanya berlaku pada minggu
sebelum datangnya haid.
Apakah
faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko epilepsi?
Faktor
risiko utama yang diketahui ialah keturunan.
Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko
epilepsi termasuklah:
Kecederaan di kepala seperti selepas jatuh,
kemalangan jalan raya ataupun kecederaan
semasa bersukan.
Strok/angin ahmar.
Jangkitan kuman pada sistem saraf pusat
seperti meningitis (keradangan meninges yang
merupakan 3 lapisan membran tisu perantara
yang mengalas tengkorak dan saluran
vertebra. Ia juga menutupi otak dan saraf
tunjang. Jangkitan ini disebabkan oleh kuman
virus atau bakteria yang menyebabkan
pneumonia, siplis atau tibi).
Penyakit kemorosotan sistem saraf pusat (seperti
penyakit Alzheimer . berbentuk penyakit
demansia berlaku di kalangan mereka di
pertengahan umur dan wargatua. Penyakit ini
tidak boleh dirawat)
Penawar Yang Dicadangkan:
TF Advanced
Formula + TF Plus Advanced
Dosage: (2 TF Advanced
Formula + 1 TF Plus Advanced) X 2 sehari
KOS: RM480.00
Sila ikuti
langkah berikut untuk membuat pesanan:
1.
Bank-in atau Transfer
bayaran melalui
Maybank2u.com.my