Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
The Miracle
in Human Brain
Semua
di antara kita pasti akan sependapat jika saya
mengatakan bahwa kita semua mempunyai keinginan
yang sama dalam hidup kita ini iaitu ingin
mencapai kejayaan yang setinggi-tingginya.
Setiap
orang memiliki keinginan agar lebih cerdas,
lebih pandai, mempunyai daya fikir, ingatan,
daya kefahaman yang kuat, memiliki kemampuan dan
potensi yang mebanggakan, kreatif dan
imajinasi.Kita semua berharap memiliki semua itu
tetapi kita tidak mengetahui bagaimana cara
memperolehinya.
Menjadi
Diri Yang Hebat:
Intelegence,
intelektual dan kecerdasan spiritual (ESQ).
Untuk menjadi individu yang hebat seseorang
tidak hanya perlu memilki kecerdasan intelektual
dan emosi, tetapi memerlukan kecerdasan
spiritual. Kecerdasan spiritual itu merupakan
kemampuan seseorang untuk menyelaraskan hati dan
budi pekerti sehingga mampu menjadi seorang yang
berkarektor dan berwatak positif.
Kecerdasan
Spiritual:
Kecerdasan
spiritual sangat penting kerana mempengaruhi
sikap seseorang pada dirinya sendiri dan orang
lain. Oleh kerana itu, seseorang yang hebat
mesti mampu melihat sesuatu di sebalik empirik
sehingga mampu mencapai makna dan hakikat
tentang manusia. Dengan yang demikian,
kemanusiaan seseorang manusia itu dapat dihargai.
Perkara
utama dalam kecerdasan spiritual adalah
pengenalan kesejatian diri manusia itu sendiri.
Spiritual itu memandu manusia pada pencarian
hakikat kemanusiaannya. Hakikat manusia itu
dapat ditemui dalam pertemuan manusia dengan
Allah s.w.t. (pada keadaan extase atau wajd).
Kecerdasan
Politik:
Kecerdasan
politik amat penting di zaman moden, di mana
persaingan semakin rumit dan pelbagai. Lebih
mudah bagi kita untuk menghadapi musuh yang
muncul secara terang-terangan, namun sebaliknya
jauh lebih sukar mengahadapi musuh 'dalam selimut'.
Kecerdasan politik berperanan penting kerana
setiap orang menghadapi konflik politik setiap
hari dalam kehidupannya.
Politik
terdapat dalam masalah rumah tangga, persaingan
anda adik-beradik, kehidupan berjiran, di
pejabat dan sebagainya. Politik bukan hanya
dalam urusan pentadbiran negara tetapi ianya
melibatkan setiap kegiatan di antara manusia dan
juga dalam organisasi.
Politik
memainkan peranan penting dalam kegiatan bisnes
dan di pejabat. Kegiatan politik tercela akan
mengakibatkan munculnya penyalahgunaan kuasa,
negosiasi yang kronik, membantutkan kreativiti,
hancurnya kewibawaan, fitnah, pengkhianatan,
pembohongan dan kecurangan.
Dan masih
banyak kegiatan politik negatif lain yang mana
intipatinya menunjukkan kepekaan, naluri dan
pengetahuan tentang politik pejabat akan
membantu meningkatkan prestasi kita kerana dapat
melayani dengan baik permainan licik tersebut.
Kecerdasan
Pelbagai Jenis:
Mengikut
pandangan tradisional, kecerdasan seseorang
telah ditetapkan saat dilahirkan dan meliputi 3
bidang iaitu:
bahasa
matematik
visual
Dr H
Gardner yang membuat kajian tentang teori
kognitif di Harvard University telah
memperkenalkan satu model kecerdasan yang
pelbagai jenis. Mengikut
model Gardner, kecerdasan ini boleh dibahagikan
9 jenis iaitu:
Verval
- Linguistic
Logical
- Mathematical
Musical
- Rhythm
Visual
-Spatial
Bodily
- Kinesthetic
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalistic
Ethical
- Spiritual
Kecerdasan
Otak:
Dengan
kecerdasan otak, manusia diciptakan Allah s.w.t.
untuk mampu mengurus diri, persekitaran dan
dunianya. Manusia dapat berperanan mulia
bagaikan malaikat namun boleh juga terdampar
hina bagaikan binatang. Semua itu terjadi kerana
peranan otak. Oleh kerana itu, tidak dapat
disangkal lagi, otak adalah merupakan senjata
dan bekalan yang paling berharga yang dikurnia
oleh Allah kepada manusia.
Maka
sudah sepatutnya apabila manusia mensyukuri
kurnia Allah s.w.t. tersebut dengan cara
mempergunakannya dengan betul dan seoptima
mungkin. Sepertimana pisau, otak adalah peranti
tubuh (hardware) yang statik dan pasif. Ia hanya
akan tajam dan aktif apabila digunakan dan
diasah sebaik mungkin. Sebaliknya bila ia hanya
dibiarkan terlantar tanpa perawatan dan latihan
yang memadai, maka ia akhirnya berlumutan dan
berkarat.
Fungsi
dan kemampuan otak akan menjadi (jumud) beku dan
bergerak ke belakang disebabkan 3 perkara:
sikap
tidak mahu ambil tahu
kemalasan
faktor
usia
Pada
dimensi itulah terapi ini berfungsi untuk
menaikkan semangat dan sedar diri dan dapat
mengatasi sikap malas dan apatis yang kerap
muncul mengganggu kehidupan manusia. Boleh
dikatakan, inilah salah satu usaha pencegahan
sebelum kudrat alam bernama 'usia dan kematian'
datang menjemput kita.
Maka
adalah amat perlu dilakukan suatu kaedah khusus
agar dapat melatih dan meningkatkan kecerdasan
secara alamiah mahu pun secara spiritual.
Enam Titik
Kecerdasan:
1
Eksekutif - sosial
Dijelaskan di sini
bagaimana kaitan antara DHEA, suatu
hormon yang dihasilkan oleh adrenalin
dan primate dapat membuat manusia merasa
muda kembali, kita juga diajak
mengetahui fisik otak, ragam temperamen
dan pola kesedaran manusia, hingga
kepada kemampuan membaca karektor orang
melalui ekspresi muka.
2
Ingatan
Terapi dan latihan
untuk menguatkan ingatan (memori),
pengaruh usia, kesan dan risiko
menopause, hingga cara mengatasi masalah
alzheimer (nyanyuk).
3
Emosi
Pengendalian emosi
dari pemetaan tentang ilusi, komunikasi
verbal dan nonverbal hingga kepada
mengatasi masalah stress dan depresi
yang sering menimpa mnusia di era moden
ini. Penemuan unik dalam hal ini adalah
bahawa tertawa adalah alat yang paling
murah dan menyihatkan seseorang. Oleh
kerana itu, ceriakanlah selalu hati anda
dalam menghadapi segala problem hidup.
4
Bahasa
Faktor bahasa
merupakan elemen penting dari
kedinamikan otak manusia sepanjang hayat.
Kurniaan sepasang otak kanan dan kiri
yang diberikan kepada manusia
membolehkannya untuk mengolah kecerdasan
semenjak ia masih bayi hingga lanjut
usia. Pendidikan dalam segala aspeknya
menurut konsep ini adalah hal yang tidak
boleh dinafikan kewujudannya.
5
Mathematical
Sukar untuk
disangkal, manusia merupakan makhluk
istimewa dan pelbagai. Dari kemampuan
matematik mereka akhirnya boleh diteliti
dan ditemukan teori kecerdasan yang
memungkinkan seseorang untuk dicap
"genius", "standard" atau "idiot".
6
"Spatial"
Aspek ini
membuktikan bagaimana kinerji otak
berhubungan erat dengan gen dan
kemampuan visual seseorang. orang yang
mampu melihat dan mampu memanfaatkan
potensi penglihatannaya, jelas akan
berbeza kinerji dan kadar fungsional
otaknya jika dibandingkan dengan mereka
yang tidak mampu melihat (buta).