 |
|
 |
|
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60) |
 |
|
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai. |
 |
|
USIA
40 TAHUN 'ZON BAHAYA' PEROKOK TEGAR |
| |
|
USIA 40 TAHUN
'ZON BAHAYA' PEROKOK TEGAR |
| Oleh Hafizah
Iszahanid |
|
|
|
 |
|
|
|
Kesan nikotin yang menyebabkan
ramai menghidap barah paru-paru ambil masa panjang untuk
dirasai perokok |
|
|
|
ANALOGINYA mudah, jalan A mengalami
banjir besar tetapi anda tetap ingin melaluinya. Oleh
itu, kemungkinan besar kenderaan anda berisiko
dihanyutkan banjir terbabit atau anda mungkin terbunuh. |
|
|
|
Kenapa perlu menggadai nyawa anda?
Kenapa tidak mengambil jalan selamat atau menangguhkan
perjalanan anda? |
|
|
|
Begitu juga dalam tabiat merokok
walaupun beribu kali diberitahu dan dinasihatkan supaya
tidak mengamalkan tabiat buruk itu, mereka yang
mengalami ketagihan merokok sukar untuk berhenti.
Kesannya, 10,000 orang maut setiap tahun kerana merokok
di Malaysia. |
|
|
|
Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan
Wilayah, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Sallehudin
Abu Bakar, berkata di negara ini tabiat merokok adalah
sebab utama penyakit dan kematian pra matang. |
|
|
|
Beliau berkata, masalah itu juga
menyebabkan 100,000 orang dimasukkan hospital setahun
untuk mendapatkan rawatan. |
|
|
|
“Kesan rokok mengambil masa
yang panjang dan lama. Justeru, bayangkan jika
anda mula merokok pada usia 15 tahun, kesannya
bukan anda alami ketika itu tetapi apabila
mencecah usia 40 tahun,” katanya. |
|
|
|
Berdasarkan statistik, katanya
daripada kes kematian yang direkodkan pada 2000, 25
peratus disebabkan barah paru-paru, 25 peratus penyakit
jantung koronari, 20 peratus strok, 15 peratus COPD (penyakit
sekatan pulmonari) kronik dan 15 peratus lagi lain-lain
punca. |
|
|
|
Bagaimanapun, katanya hanya antara 40
hingga 44 peratus kematian di Malaysia direkodkan,
justeru, jumlah kematian disebabkan rokok mungkin lebih
tinggi. |
|
|
|
Katanya, antara penyakit yang
kerap dikaitkan dengan merokok ialah barah
paru-paru. |
|
|
|
 |
|
|
|
"Di Malaysia, 25 peratus kematian
disebabkan barah paru-paru, di United Kingdom pula
37,000 orang didiagnos dengan barah paru-paru setiap
tahun manakala di Amerika, sebanyak 172,570 kes baru
barah paru-paru dikesan pada 2005. |
|
|
|
“Merokok adalah punca utama
kematian di seluruh dunia. Di Malaysia pula
menunjukkan satu daripada lima punca kematian
disebabkan rokok. Aneh, ketika penjualan dan
permintaan tembakau di negara maju merosot
sebaliknya permintaan tinggi di negara miskin
dan membangun,” katanya. |
|
|
|
Di negara ini jumlah perokok berusia
15 tahun ke atas meningkat daripada 21 peratus pada 1985
kepada 31 peratus pada 2000. Ketika ini dianggarkan 49
peratus lelaki dewasa dan lima peratus wanita dewasa
adalah perokok. |
|
|
|
Rokok memang diketahui sebagai punca
kepada kebanyakan barah paru-paru. Bagaimanapun, barah
paru-paru juga boleh terjadi di kalangan mereka yang
tidak merokok tetapi jarang berlaku. |
|
|
|
Risiko serangan barah
paru-paru lebih tinggi jika anda mula merokok
sejak usia remaja dan jumlah rokok yang anda
ambil. Walaupun mungkin ada perokok yang
berasakan rokok berpenapis (filtered) dan rokok
rendah tar mungkin mengurangkan risiko barah,
tetapi sebenarnya risikonya masih tinggi
berbanding mereka yang tidak langsung merokok. |
|
|
|
Barah paru-paru lebih biasa menyerang
lelaki terutama mereka yang berusia 40 tahun ke atas
kerana lelaki lebih ramai menghisap rokok berbanding
perempuan. Pada tahap awal, tiada gejala yang muncul
selalunya simptom hanya akan kelihatan apabila barah
sudah pada peringkat lanjut. |
|
|
|
Rokok menyebabkan barah paru-paru |
|
|
|
Menurut Mayoclinic.com, rokok
dikatakan menjadi punca barah paru-paru dengan
merosakkan sel yang membenteng paru-paru. Apabila
seseorang itu menghisap rokok yang dipenuhi dengan bahan
penyebab barah, perubahan dalam tisu paru-paru bermula. |
|
|
|
Pada peringkat awal, tubuh boleh
membaiki kerosakan ini. Bagaimanapun, apabila ia berlaku
berterusan dan kerap, ia semakin rosak dan sukar dibaiki
sekali gus membuka peluang barah terjadi. |
|
|
|
Paru-paru dipenuhi salur
darah dan saluran limfa. Justeru, sel barah
mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh
itu, barah paru-paru boleh merebak pada bahagian
tubuh lain walaupun anda tidak berhadapan dengan
sebarang gejala. Dalam kebanyakan kes, ia sudah
merebak sebelum anda didiagnos. |
|
|
|
Ketua Amalan Farmasi, Kuliyah Farmasi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof
Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed, berkata fungsi
utama rokok adalah sebagai ejen menghantar secepat dan
sebanyak mungkin nikotin. |
|
|
|
“Nikotin bertindak melumpuhkan sistem
saraf tengah, menghentikan proses pernafasan dan
menyebabkan kematian jika anda mengambil 60 miligram
(mg) nikotin sekali gus,” katanya. |
|
|
|
Sebatang rokok mengandung 1.5 mg
nikotin. Menghisap 20 batang rokok sekali gus bermakna
30 mg nikotin berada dalam sistem badan anda, 30 mg lagi
jaraknya dengan risiko kematian. |
|
|
|
Rawatan barah paru-paru |
|
|
|
Mulakan dengan pencegahan. Paling
utama, jangan benarkan risiko barah menghampiri anda.
Hentikan merokok atau jangan merokok. Dalam proses
menangani ketagihan, faktor tarikan kerap menjadi punca
kes berulang. Bagaimanapun, kekuatan minda dan keinginan
untuk bebas daripada merokok adalah faktor kemenangan
anda. |
|
|
|
Jauhi rokok dengan terapi penggantian
nikotin (NRT) yang bukan saja ada disediakan di klinik
dan hospital kerajaan malah juga di farmasi. Antara NRT
yang boleh didapati di pasaran adalah Nicorette yang
didatangkan dengan tiga bentuk, tampalan, sedutan
(inhaler) dan chewing gum. |
|
|
|
INFO: Simptom barah paru-paru |
|
|
-
Batuk berpanjangan
yang tidak sembuh
-
Batuk berdarah
walaupun jumlahnya
sedikit
-
Sesak nafas
-
Sakit dada
-
Bernafas dengan
termengah-mengah
-
Suara yang parau
|
|
|
|
|
|
 |
| |