|
Bahaya jangkitan kuman pada
rongga sinus |
|
Oleh NOOR FAZRINA
KAMAL |
|
|
SAKIT kepala hingga
kadang-kadang
menjadi demam dengan
hidung yang
mengeluarkan cecair
kekuningan ditambah
pula dengan
kurangnya deria bau
adalah antara
petanda yang anda
menghidapi sejenis
penyakit yang
dinamakan sinusitis.
|
|
|
Walaupun ramai yang
menganggap ia
seperti selesema
biasa, hakikatnya ia
boleh berubah
menjadi satu
penyakit yang kronik
jika tidak dirawat.
|
|
|
|
Untuk mendapatkan gambaran sebenar
tentang penyakit ini, wartawan Noor Fazrina Kamal dan
jurugambar, Ida Dayana Karim telah menemu bual Pakar
Telinga, Hidung dan Tekak dari Pusat Perubatan Kelana
Jaya (KJMC), Dr. Loganathan Athanari. |
|
|
|
 |
|
DR.
LOGANATHAN Athanari menunjukkan gambar rajah rongga
sinus yang terdapat di bahagian tengkorak manusia.
Gambar IDA DAYANA KARIM |
|
|
Menurut Dr.
Loganathan, penyakit
sinusitis sebenarnya
melibatkan bahagian
rongga angin dalam
tengkorak. Ia
terbahagi kepada
empat kumpulan
rongga sinus iaitu
maxillary sinus,
ethmoid sinus,
frontal sinus dan
sphenoid sinus.
|
|
|
|
“Yang dikatakan sinusitis ialah
apabila rongga sinus tersebut dijangkiti kuman (yang
terdiri daripada virus atau bakteria). Perkataan ‘itis’
bermakna bengkak di bahagian dalam rongga sinus. Jadi
kesimpulannya, sinusitis ialah jangkitan kuman dalam
rongga sinus,” katanya. |
|
|
|
Dr. Loganathan menjelaskan tentang
simptom dan bagaimana seorang pesakit itu dijangkiti
jangkitan dalam rongga sinus. |
|
|
Antaranya hidung
tersumbat, sakit
kepala, banyak mukus
dalam hidung
berwarna kuning
kehijauan dan berbau
busuk,
pesakit-pesakit ini
juga boleh memberi
simptom bahawa deria
bau mereka
berkurangan.
|
|
|
“Sinusitis
terdiri
daripada dua
jenis, iaitu
akut dan
kronik. Yang
dikatakan
akut ialah
apabila
simptom-simptom
itu baru
berlaku.
Selalunya
pesakit akan
datang
dengan demam
tinggi dan
hidung
tersumbat.
Apabila
dengan
perubatan
yang diberi
doktor masih
tiada nampak
kesan lebih
daripada
empat minggu,
doktor akan
mengkategorikan
pesakit
tersebut
mengalami
sinusitis
kronik.
|
|
|
Salah satu
sebabnya
menjadi
kronik,
ialah
pengaliran (pembukaan
rongga sinus
tersumbat),
kadang-kadang
pesakit
menghadapi
anatomi
dalam hidung
yang
menghalang
laluan mukus
dan bahagian
dalam hidung
bengkak yang
menghalang
pengaliran
mukus. Mukus
akan
bertakung
dalam rongga
sinus dan
seterusnya
mendatangkan
jangkitan
peringkat
kedua, iaitu
bakteria,”
jelas beliau.
|
|
|
|
Salah satu lagi sebab ialah
apabila tulang dalam hidung (septum) bengkok dan
turut menutup aliran dari dalam rongga sinus (aliran
normal dari rongga sinus ke dalam ruang hidung). |
|
|
“Selalunya punca
keadaan septum
bengkak ini semula
jadi, atau mungkin
juga kerana trauma (kemalangan).
|
|
|
Sesetengah pesakit
yang mengalami
masalah rhinitis
(yang selalunya
dipanggil resdung)
yang disebabkan oleh
alahan kepada habuk
atau suasana sejuk
boleh menyebabkan
hidung tersumbat,
berair dan salah
satu struktur dalam
hidung yang
dipanggil
‘turbinate’ akan
menjadi bengkak. Ini
juga adalah salah
satu faktor yang
menyebabkan
sinusitis,” tutur
beliau lagi.
|
|
|
Dr. Loganathan
berkata, adakalanya
apabila seseorang
pesakit melalui
pembedahan hidung,
bahagian rongga
sinus boleh tertutup,
justeru menyebabkan
infeksi di rongga
tersebut seterusnya
menyebabkan
sinusitis.
|
|
|
Menurut Dr.
Loganathan
lagi, akut
sinusitis
disyaki
apabila
pesakit
demam, sakit
kepala
selama dua
atau tiga
hari dan
hidung
tersumbat
atau hingus
kuning
kehijauan.
|
|
|
Apabila
seseorang
pesakit
mempunyai
simptom-simptom
tersebut,
pemeriksaan
klinikal
yang
sepenuhnya
harus dibuat.
Bahagian
sinus yang
ditekan
iaitu
bahagian
atas mata
(frontal
sinus),
bahagian
bawah
(maxillary
sinus),
bahagian
dalam mata (ethmoid
sinus) akan
merasa sakit,
jika ada
nanah atau
mukus
berkumpul di
bahagian
tersebut.
Doktor juga
akan membuat
‘nasal
endoskopi’,
menggunakan
skop fiber
optik
melalui
kamera untuk
melihat
pembukaan
rongga sinus
dalam hidung
dan meneliti
sama ada
rongga sinus
itu tertutup
atau
bernanah.
Dari
pemeriksaan
ini, doktor
boleh
mengetahui
sama ada
seseorang
itu
menghadapi
akut
sinusitis
atau tidak.
|
|
|
|
Sekiranya doktor telah
diagnosis seseorang pesakit itu menghidapi akut
sinusitis menerusi sejarah dan pemeriksaan
klinikal, pesakit boleh terus dirawat dengan
pengambilan ubat sahaja. |
|
|
“Dalam
minggu
pertama
selalunya
akut
sinusitis
berlaku
disebabkan
oleh virus,
jadi tidak
perlu
mengambil
antibiotik.
Tetapi
pesakit akan
diberi ubat
untuk
membuka
rongga-rongga
sinus ini
yang terdiri
daripada
ubatan
antihistamin,
ubat titis
hidung dan
decongestan.
Pesakit
harus minum
banyak air
agar badan
mereka tidak
terhidrasi,”
tambah
beliau.
|
|
|
Tetapi,
menurut Dr.
Loganathan,
kalau
masalah ini
tidak
beransur
pulih dalam
masa
seminggu,
pemeriksaan
darah harus
dilakukan
untuk
menentukan
sama ada
infeksi itu
disebabkan
oleh virus
ataupun
bakteria dan
tahap
keseriusannya.
|
|
|
Sinar-X pada
nasal sinus
akan
dilakukan
untuk
memerhatikan
betapa
serius
infeksi
tersebut.
Jika doktor
dapati
infeksi itu
disebabkan
bakteria dan
nanah yang
banyak
terkumpul di
bahagian
rongga
sinus,
pesakit
boleh
dirawat
dengan dua
kaedah.
|
|
|
Pertama
dengan
memberi
antibiotik
intra-vena
kepada
pesakit dan
satu lagi
ialah dengan
mengeluarkan
nanah
tersebut
dengan
kaedah
pembedahan,”
ujar beliau.
|
|
|
Dr.
Loganathan
menjelaskan,
surgeri ini
dibuat
dengan bius
penuh
melalui
endoskopi (ruang
hidung)
untuk
membuka
laluan
rongga sinus
dan
membersihkan
rongga yang
terlibat.
|
|
|
Komplikasi
akut
sinusitis,
jika tidak
dirawat
dengan betul
akan menjadi
kronik,
simptom itu
akan
berterusan
ataupun
boleh
mendatangkan
komplikasi
ke bahagian
lain.
|
|
|
Kuman boleh
merebak ke
bahagian
lain seperti
mata (dipanggil
obital
cellulitis).
Ini
dikategorikan
serius dan
perlu
ditangani
dalam masa
24 jam, sama
ada dengan
perubatan
antibiotik
atau
pembedahan
endoskopi
untuk
mengalirkan
nanah yang
terkumpul di
bahagian
mata keluar.
|
|
|
Komplikasi
lain ialah
kepada
bahagian
tengah
telinga.
Apabila
nanah
mengalir
dari
bahagian
sinus ke
belakang
hidung atau
tekak, ia
akan
menyebabkan
infeksi di
belakang
hidung dan
tekak. Kuman
dari
bahagian ini
akan merebak
ke telinga
tengah pula.
Apabila ini
berlaku,
telinga akan
berdengung,
kurang
pendengaran
dan sakit (otitis
media).
|
|
|
Jika tidak
ditangani
dengan
segera,
nanah yang
terkumpul di
telinga
tengah akan
memecahkan
gegendang
dan telinga
boleh
bernanah.
Kadang-kadang
ada di
kalangan ibu
bapa yang
mengadu
bahawa
telinga anak
mereka
mengeluarkan
nanah ketika
selesema.
|
|
|
Infeksi
tonsilitis
peringkat
kedua yang
disebabkan
oleh akut
sinusitis
juga boleh
terjadi.
Sakit tekak
dan suara
pesakit akan
menjadi
serak jika
infeksi
merebak ke
kawasan peti
suara. Jika
tidak
dirawat ia
boleh
merebak ke
paru-paru
dan
mendatangkan
infeksi
kepada
paru-paru
yang
dipanggil
pneumonia.
|
|
|
“Ini adalah
kesan yang
akan berlaku
sekiranya
akut
sinusitis
tidak diberi
rawatan
secepat
mungkin.
|
|
|
Simptom
sinusitis
kronik
adalah sama
seperti akut
tetapi
pesakit
tidak demam.
Pesakit akan
hanya sakit
kepala,
hidung
tersumbat,
hingus yang
kekuningan,
telinga
berdengung
dan
sebagainya.
Selalunya
pesakit akan
banyak
berkahak
apabila
bangun pagi.
|
|
|