SEARCH

 
 
 
   
   
 
 
 

MENU

 
  Laman Utama  
  Jadual Rawatan  
  Penyakit Misteri  
  Sihir Dan Rawatan  
  Santau  
  Terapi Cerdas Minda  
  Terapi Pembersihan Jiwa  
  Rahsia Saka & Keturunan  
  Angkara Saka  
  Diganggu Saka  
  Rawatan Saka  
  Mengenali Jin  
  Asma Al-Husna  
  Amalan Asas  
  Ayat-ayat Ruqyah  
  Ayat Munjiyat  
  Ayat Syifa'  
  Hubungi Kami  
     
 

RANGKAIAN KAMI

 
  Penawar4Life.com  
  4Life2u.net  
  MyIncomeSystem  
  Rawatan.com  
  4Life2u.com  
     
 

CD RUQYAH

 
     
   
 

Adalah tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya. Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!

 
 

KLIK DI SINI

 
     
     
 

BANTUAN ONLINE

 
     
 

 
     

 

     
 

 
 

Ustaz Suhaimi

 
 

+60129378349

 
     
     
     
 

 

 
     
     
 
 

ALAMAT

 
 
     
 

No 15 Jalan Bahagia 28,

 
 

Taman Intan,

 
 

28000 Temerloh,

 
 

Pahang DM

 
     
     
 

TERAPI PEMBERSIHAN

 
     
 

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan

 
 

KLIK DI SINI

 
     
     
 

BUANG SAKA

 
 

 

 
 

Hidup dibelenggu masalah akibat gangguan saka! Ketahui maklumat berkenaan saka dan berikhtiarlah untuk menghindarinya! Untuk info sila klik di sini.

 
     
     
 

TERAPI MINDA

 
 

 

 
 

 
 

Terapi Minda untuk meningkatkan keupayaan dan kecerdasan minda serta membantu merubah perkara negatif dalam diri.

 
 

Klik Di Sini

 
 

 

 
 

 

 
 

 
 

"Rawatan melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna - Insya Allah berkesan untuk segala penyakit dan masalah! Berilah peluang untuk diri anda mendapat manfaatnya!"

 
     
     
 

PELAWAT

 
 

 

 
     
     

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

AWASI TANDA-TANDA STROK

 
 
Awasi Tanda-tanda Strok
Oleh ROSLAH OTHMAN
 

 

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.

 

Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

 
Tanda-tanda amaran strok
 

Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.

 

Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

 

Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.

 

Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

 

Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.

 

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak.

 

Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya.

 

Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.

 

Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

 

Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan.

 

Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

 

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

 

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

 

Menurut Dr. Lee, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah.

 

Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok.

 

Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

 

Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

 

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

 
Bagaimana strok didianogsis?
 

Kata Dr. Lee, doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

 

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

 

Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.

 

Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu.

 

‘‘Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang,” ujarnya.

 

Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

 

Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

 

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

 

Dr. Lee juga menegaskan risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

 

Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

 
     
 

 
     
 
 
 
 
 
 
   

 

 

         
   

PERNIAGAAN ONLINE - BEKERJA DARI RUMAH

   
         
   

   
         
   

   
         
         

 

 
 

Copyright © Penawar.com  All Rights Reserved.

This is Personal Website. The Information in this website is for reference only.
Cannot be use for other purpose. Thank you.