Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
Angkara Saka
(Petikan artikel Dimensi -
Berita Minggu 19 Ogos, 2007)
Oleh Nasron Sira
Rahim (nasron@bharian.com.my)
Antara kesan
buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak
mati kerana roh sukar keluar
Itulah proses
permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu,
syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit
boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan
dirinya.
Pengamal Perubatan
Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata
saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan
diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.
Beliau berkata,
kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai
kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga
dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai
pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang
atau lautan..
“Pada mulanya
memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada
tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda
dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi
menyesatkan manusia.
“Pelbagai kesan
buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya
menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada
Allah SWT,” katanya.
Beliau
berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan
menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh
mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa
sehingga menemui ajal.
Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana
pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya
masih enggan meninggalkan tuannya.
Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad
tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup
dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.
Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh
mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan
kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka
juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat
menyeksakan.
Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia
yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu
menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr,
ayat ke-39: “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau
memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia)
memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan
menyesatkan mereka semuanya.”
Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka
adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila
pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka
peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.
Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap
ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah
berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa
untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka,
lebih sukar untuk membuangnya.
Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila
pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat
mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan
akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli
keluarga dan orang lain.
“Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak
mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika
perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak
menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan
makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu
akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,”
katanya.
Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi
saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya:
“Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua,
(lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan),
sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’,
lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia:
‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami
sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain
(jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau
tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.
“Allah
berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang
kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah
menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam:
128).
Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja
dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal
dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha
untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.
“Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit
perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang
berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak
daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang
berasaskan jin,” katanya.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek,
berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka,
rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’
iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu
kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu
berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.
“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak
mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan;
apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat,
gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa
saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada
si anak berada di tubuh bapanya.
“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat
seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa
dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut
sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat
perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.
Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi
kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta
dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh
berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang
lain.
“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan
saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih
dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang
itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui
menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,”
katanya.
Fakta SAKA:
Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan
adalah Iblis.
Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus
dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang
berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir
dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti
mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin
untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam
budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki
digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada
jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi
menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah
mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau
syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa
membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat
kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan
dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan
garam dan cuka.
Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang
dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain
termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada
juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Antara jenis saka:
Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti
manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan
buaya.
Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan
ular.
Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu
mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya,
jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin
yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang,
jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit
kelihatan sembuh.
Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan
pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang
yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin
berjenis angin.
Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan
cantik.
Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang
manusia lain secara ghaib.
KAEDAH RAWATAN:
Ada 2 kaedah rawatan yang kami jalankan:
Rawatan seluruh ahli keluarga yang ada saka
Terapi secara individu yang diganggu saka
1. Rawatan
Seluruh Ahli Keluarga Yang Ada Saka:
Ini adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan
saka keluarga terbabit.
Rawatan ini membabitkan semua ahli keluarga samada
yang telah diganggu saka dan ahli keluarga yang
belum diganggu saka terbabit.
Ini memerlukan komitmen (kerjasama) dari seluruh
ahli keluarga bermula dari datuk, nenek, anak-anak
dan cucu-cicitnya (pernah kami buang saka bagi
keluarga yang besar jumlahnya iaitu hampir 100 orang!
InsyaAllah rawatan ini dapat menghapuskan saka
secara keseluruhannya
Bagi anda yang ingin medapatkan rawatan buang saka
bagi keseluruhan ahli keluarga, sila hubungi
012-9378349 (Ustaz Suhaimi) untuk penjelasan lanjut.
2. Terapi Secara
Individu Yang Diganggu Saka:
Rawatan ini khusus untuk individu yang diganggu
saka.
Proses ini sebenarnya lebih sukar kerana saka
biasanya bukan hanya ada pada seorang individu
dalam keluarga tersebut.
Kaedah ini adalah bagi mereka yang sukar untuk
mengumpulkan ahli keluarga untuk buang saka -
ini adalah masalah biasa (ada kalangan keluarga
yang enggan atau tidak percaya disebabkan tidak
ada mengalami sebarang sakit).
Untuk rawatan individu, saka yang menggangu
individu terbabit dihapuskan.
Amalan khusus berserta CD Ruqyah dibekalkan
untuk mengekalkan dan mengelak dari gangguan (saka
yang berada di samping ahli keluarga yang lain
masih ada, ianya berpotensi untuk datang
mengganggu).
Untuk rawatan saka individu sila hubungi
012-9378349 (Ustaz Suhaimi) untuk pertanyaan dan
rawatan.