Adalah
tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat
dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama.
Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya.
Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita
memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping
amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi
kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
tertentu sebagai pendinding diri dari berluangnya
serangan atau gangguan jin dan syaitan. KINI pencarian
anda dipermudahkan, telah diterbitkan Siri CD Ruqyah (bacaan
ayat-ayat al-Quran untuk tujuan rawatan dan pelindung
diri). Anda boleh dapatkannya mulai sekarang!Silaklik di sini
untuk info lanjut.
Kaedah Terapi
Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara
Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan
emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau
terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik
khusus praktikal dan terbukti berkesan apabila mereka yang
menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif,
mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam
kehidupan! Sila
klik di sini
untuk info lanjut.
Jika info di
laman ini memberi faedah kepada anda, berilah
sokongan. Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk
kesinambungan laman ini. Terima kasih.
Dan tuhan
kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat
60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan
kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat
penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit
samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan
penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan
penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari
kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam
ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang
dideritai.
20 Tahun Diganggu Saka
(Petikan dari Dimensi)
'Saya dan adik beradik selalu
terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira
dua meter sehingga mencecah siling'
"SAYA menerima qada dan qadar ini
serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya
terfikir mengapa seseorang itu sanggup mengorbankan keluarga sendiri
demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan
Islam."
Begitulah luahan seorang wanita
selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam
Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya
Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun
dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu,
Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik
dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:
Datuk meninggal dunia ketika
saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah
ayah lumpuh selama setahun.
Sejak kematian datuk, selalu ada
kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap
ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan
terlanggar.
Ketika saya di sekolah rendah,
ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan.
Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat
kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia
di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter
sehingga mencecah siling.
Saya selalu demam terkejut
melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu
hanyalah khayalan kanak-kanak.
Disebabkan ayah bekerja di negeri
lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau
tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara
ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya
hanya terlihat kelibat lembaga hitam.
Ibu selalu mengadu sakit pinggang
dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus
apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga
seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang,
berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu
berbunyi sungguh kuat dan berdesing.
Ketika kami berpindah tinggal
bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi
bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap
malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.
Apabila bangun tidur, lebam
sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan
kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang
haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal
malah kadang-kadang tiada langsung.
Sebelum muncul lebam, serangga
seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat
busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam
Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada
ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.
Disebabkan terlalu kerap menghidap
penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah
kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun
mengesahkan kami sihat.
Disebabkan keadaan kami semakin
mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang
penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan
mengatakan kami terkena sihir.
Ada antara mereka menyuruh kami
mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh
perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah
lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan
malah semakin teruk.
Perangai ayah juga berubah sejak
kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah
nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab
hingga kami ketakutan.
Kami terus berubat tradisional dan
daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan
saya berpunca daripada belaan keluarga suami. Dia menyatakan lebam
itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta
benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.
Beliau menyuruh ibu membawa ayah
berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan
menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu,
ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu
terbabit.
Kali ketiga kami datang untuk
berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan
kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan
itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja
termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti
dilanda musibah pelik-pelik.
Sejak itu, saya dan ibu sakit
bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan
bermimpi dirogol lembaga hitam besar.
Sehinggalah kami bertemu seorang
ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan
dengan terperinci perkara sebenar:
Keturunan sebelah ayah dulu
ada membuat perjanjian dengan makhluk itu
melalui perantaraan seseorang yang
dianggapnya sebagai wali ketika menuntut.
Wali itu menghadiahkan khadam untuk menolong
menjaga harta benda dan keturunan anak
cucunya, membuka kebun selain menjadikan
orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa
gerun.
Selepas datuk meninggal,
makhluk itu terbiar lama, tidak diberi
layanan dan ganjaran seperti janji tuannya
dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan
layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar
keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu
raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau
busuk dan serangga seperti belalang atau
serangga lain.
Makhluk itu berbulu seperti
mawas, amat ganas dan memakan darah dan air
mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan
meninggalkan tanda kepada semua keturunan
keluarga ayah, katanya.
Ustaz itu juga menerangkan,
makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan
saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi
melahirkan anak kecil.
Makhluk itu juga berupaya
mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak
dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan
ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang
banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di
sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam
Kami berubat tapi masalah lebam
masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap
bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi.
Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam
menyerupai ayah mengaku yang ia sudah mati dan hendak memeluk saya.
Apabila saya sedar, saya menjerit
dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau
hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada.
Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan
mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.
Ustaz yang kami temui juga pernah
berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi amalannya
diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu
menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk
sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.
Alhamdulillah, kami mengikuti
nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses
membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi
sudah tidak seteruk dulu.
Buat masa ini, saya mengamalkan
bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk
mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap
makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.
Memang sukar untuk masyarakat
mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang
melanda masyarakat Melayu hingga kini..
Mungkin ada sesetengah pihak
menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung
membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri,
syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit
misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak
lagi tenang.
Saya berharap jika ada sesiapa
yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil
ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan
percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.
INFO: Saka
Saka adalah amalan mewarisi
jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk
halus itu memberikan pemiliknya pelbagai
kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa,
kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan
pelbagai lagi.
Hukum mewarisi dan
menggunakan saka adalah syirik dan haram di
dalam Islam.
Jin yang menjadi saka boleh
memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam
mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat
beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan
manusia itu terpedaya dengannya seterusnya
sesat dari Islam.
Saka tidak semestinya
diwariskan kepada saudara sedarah tetapi
kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka
pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan
seperti bersalaman, menerusi lafaz atau
menyerahkan barang tertentu seperti keris,
cincin, azimat termasuk kertas bertulis ayat
al-Quran.